Jun 6, 2013

Keputusan Permohonan e-GTukar

Guru-guru yang ingin bertukar terlebih dahulu perlu mendaftar dan memohon ID PENGGUNA dan KATA LALUAN untuk memasuki laman Sistem Pertukaran Guru Secara Online atau e-GTukar.

daftar masuk
Daftar Masuk e-GTukar

Maklumat terkini di laman e-GTukar : 
Pemakluman Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 
Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali. Sekian dimaklumkan.

Sebelum mendaftar dan memohon bertukar, guru-guru perlu menyemak maklumat peribadi melalui laman web e-OPERASI. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, mereka boleh berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat sebelum sesi pertukaran bermula.

Sekiranya masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri (dapatkan no. telefon di “Bantuan”). Pertukaran yang diluluskan adalah tidak boleh dibatalkan.

4 comments :

  1. semoga cikgu-cikgu harap memahami masalah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya macam tu la
      kalau ada rezeki, akan dapat juga nanti

      Delete
  2. wuah~~ info beguna bg golongan pndidik ni~

    ReplyDelete
  3. Baik juga untuk guru-guru boleh mohon pertukaran secara online...

    ReplyDelete