Jun 12, 2013

Perlawanan Harimau Malaya Di Sydney

Harimau Malaya ke Sydney bersama rasa resah peminat bola sepak negara. Puncanya ialah kerana membatalkan pertemuan persahabatan dengan Singapura dan memilih untuk menentang pasukan kelab dalam siri jelajah di Australia.

FAM tetap dengan keputusan yang telah dibuat.

k rajagobal

Perlawanan Pertama
Kegelisahan peminat Harimau Malay makin bertambah bila tewas 2-3 kepada Canberra FC pada 6 Jun 2013. Lagi teruk bila ada yang mengatakan kelab dari Australia ini pemainnya terdiri daripada juruelektrik, mekanik dan tukang paip. Bukan pemain bola sepak profesional!

Canberra FC membuat bantahan berkaitan berita mengenai mereka.

Perlawanan Kedua
Harimau Malaya bangkit dari kekalahan pertama hari Khamis lalu apabila berjaya menewaskan Olimpik Sydney 4-0 dalam perlawanan kedua pada 11 Jun 2013. Nampaknya pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal menurunkan barisan terbaik kali ini.

Kemenangan ini meredakan sedikit kegusaran peminat dalam negara.

Perlawanan Ketiga
Aksi terakhir Harimau Malaya dalam siri jelajah Australia di Sydney ialah menentang Marconi Stallions FC pada 13 Jun 2013 [Khamis].

Moga-moga Harimau Malaya berjaya mengaum lagi sekali.

piala asia 2015

Siri jelajah Australia ini adalah persiapan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain pada 15 Oktober 2013 di Kuala Lumpur. Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Bahrain, Yaman dan Qatar.

Malaysia Boleh!

3 comments :

  1. kita doakan yang terbaik untuk harimau malaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups, peminat sentiasa berharap mereka berjaya
      kita hanya mahu tumpang gembira

      Delete
  2. Harimau Malaya kalah 0-2 kepada Marconi Stallions FC dalam perlawanan terakhir di sydney
    huhu

    ReplyDelete