Nov 16, 2013

Peluang Harimau Malaya Yang Makin Pudar

Malaysia [0] vs [1] Bahrain

apek khairul fahmi

Makin lama makin tenggelam dan makin pudar harapan skuad pimpinan Datuk K Rajagobal ini. Perlawanan yang berkesudahan dengan kekalahan tipis 0-1 malam tadi makin menyukarkan laluan Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Sukan Asia 2015 ini.

Malaysia hanya menang sekali, seri sekali dan kalah 2 kali selepas 4 perlawanan dan memaksa Malaysia berada di tangga ketiga Kumpulan D di belakang Bahrain dan Qatar.

PASUKAN
MP
W
D
L
F
A
D
P
1
Bahrain
4
3
1
0
5
1
4
10
2
Qatar
4
3
0
1
12
2
10
9
3
Malaysia
4
1
1
2
3
5
-2
4
4
Yemen
4
0
0
4
2
14
-12
0

Perlawanan menentang Bahrain malam tadi nampak seimbang. Amri dan Mat Yo mempunyai beberapa peluang terbaik tapi mereka gagal meletakkan bola ke dalam gawang Bahrain. Benteng pertahanan dan penjaga gawang, Apek juga bermain baik menyekat serangan dari Bahrain. Hanya dengan satu kesilapan, gawang Malaysia akhirnya bocor juga.

Malaysia vs Qatar

Peluang Malaysia masih ada walaupun nampak semakin sukar. Selepas ini, Malaysia mesti menewaskan Qatar pada 19.11.2013 jam 8.45 malam waktu Malaysia di Stadium Shah Alam dan Yemen pada 05.03.2014 jam 4.00 waktu Malaysia di Yemen. Malaysia juga perlu mengharapkan belas ihsan Bahrain untuk menewaskan Qatar.

Memang tidak bagus untuk sentiasa berharap kepada orang lain.

No comments :

Post a Comment