Jun 29, 2013

Brazil Vs Sepanyol - Neymar Menjadi Tumpuan

Brazil vs Sepanyol - Perlawanan Akhir Piala Konfederasi FIFA 2013. Siaran langsung dari RTM rasanya tak ada. Harap-harap Astro dapat menyiarkan siaran langsung perlawanan ini. Rugi rasanya kalau tak dapat menonton perlawanan Brazil dan Sepanyol yang pasti hebat ini.

Harap-harap ada live streaming dari sportLEMON.tv tempat aku selalu mononton bola.

Brazil layak ke perlawanan akhir selepas berjaya mengalahkan Uruguay dengan jaringan 2-1, Rabu lalu.

Sepanyol mengalahkan Itali di separuh akhir melalui tendangan penalti [7-6] selepas seri 0-0 sepenuh masa perlawanan.

neymar da silva
Neymar akan menjadi tumpuan. Bintang baru Brazil yang telah menjaringkan 3 gol di Piala Konfederasi 2013 ini. Neymar juga adalah pemain baru Barcelona untuk musim depan.

Jun 18, 2013

Terengganu vs Kelantan Liga Super 2013

Berita baik kepada peminat bola sepak terutamanya Terengganu dan T-Team yang diberi lampu hijau oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk bermain di sebelah malam.

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) telah melepasi had kecerahan lampu limpah 1,200 Lux seperti yang ditetapkan.

terengganu vs kelantan

Nampaknya Kelantan juga dapat untung bila perlawanan Liga Super antara Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Jumaat ini boleh dilangsungkan pada sebelah malam.

Terengganu kini di tangga ke-8 sementara Kelantan di tangga ke-6 dan masing-masing mempunyai 24 mata. Agak-agak siapa yang akan menang nanti.

Aku ambil jalan mudah, sokong Kelantan je. Hehehe....

Jun 12, 2013

Perlawanan Harimau Malaya Di Sydney

Harimau Malaya ke Sydney bersama rasa resah peminat bola sepak negara. Puncanya ialah kerana membatalkan pertemuan persahabatan dengan Singapura dan memilih untuk menentang pasukan kelab dalam siri jelajah di Australia.

FAM tetap dengan keputusan yang telah dibuat.

k rajagobal

Perlawanan Pertama
Kegelisahan peminat Harimau Malay makin bertambah bila tewas 2-3 kepada Canberra FC pada 6 Jun 2013. Lagi teruk bila ada yang mengatakan kelab dari Australia ini pemainnya terdiri daripada juruelektrik, mekanik dan tukang paip. Bukan pemain bola sepak profesional!

Canberra FC membuat bantahan berkaitan berita mengenai mereka.

Perlawanan Kedua
Harimau Malaya bangkit dari kekalahan pertama hari Khamis lalu apabila berjaya menewaskan Olimpik Sydney 4-0 dalam perlawanan kedua pada 11 Jun 2013. Nampaknya pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal menurunkan barisan terbaik kali ini.

Kemenangan ini meredakan sedikit kegusaran peminat dalam negara.

Perlawanan Ketiga
Aksi terakhir Harimau Malaya dalam siri jelajah Australia di Sydney ialah menentang Marconi Stallions FC pada 13 Jun 2013 [Khamis].

Moga-moga Harimau Malaya berjaya mengaum lagi sekali.

piala asia 2015

Siri jelajah Australia ini adalah persiapan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain pada 15 Oktober 2013 di Kuala Lumpur. Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Bahrain, Yaman dan Qatar.

Malaysia Boleh!

Jun 6, 2013

Keputusan Permohonan e-GTukar

Guru-guru yang ingin bertukar terlebih dahulu perlu mendaftar dan memohon ID PENGGUNA dan KATA LALUAN untuk memasuki laman Sistem Pertukaran Guru Secara Online atau e-GTukar.

daftar masuk
Daftar Masuk e-GTukar

Maklumat terkini di laman e-GTukar : 
Pemakluman Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 
Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali. Sekian dimaklumkan.

Sebelum mendaftar dan memohon bertukar, guru-guru perlu menyemak maklumat peribadi melalui laman web e-OPERASI. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, mereka boleh berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat sebelum sesi pertukaran bermula.

Sekiranya masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri (dapatkan no. telefon di “Bantuan”). Pertukaran yang diluluskan adalah tidak boleh dibatalkan.

Jun 5, 2013

Seorang Pendaki Malaysia Meninggal Dunia

Nampaknya cuaca buruk di Kathmandu, Nepal menyukarkan misi menyelamat pendaki Malaysia di Everest. Itu apa yang aku baca dalam beberapa berita akhbar.

Seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal sementara Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, seorang pekerja Perbadanan Putrajaya pula telah disahkan meninggal dunia.

rentas
Gambar Hiasan
Mereka mengalami penyakit akut ketinggian atau Acute Mountain Sickness (AMS). Aku tak pandai nak menerangkan hal penyakit ni. Korang tanya je pakcik Google.

Takziah kepada keluarga Mohamad Shahrulnizam. Moga-moga roh beliau dicucuri rahmat.

Jun 3, 2013

Final Piala FA 2013 | FAM Pun Pening

Nampaknya Perlawanan Akhir Piala FA 2013 antara Kelantan lawan Johor DT akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil bukan di Stadium Shah Alam.

“Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar. Lagipun, tiada sebab untuk kami mengubahnya ke Stadium Shah Alam kerana Stadium Nasional sudah terbukti mampu mengendalikan perlawanan yang ramai penonton." - Datuk Hamidin Mohd Amin.



Pelik juga dengan FAM ni. Selama ini laman web FAM sendiri yang menyatakan Perlawanan Akhir Piala FA 2013 akan di adakan di Stadium Shah Alam. Tak patut kalau FAM sendiri tak sedar apa yang ada di laman rasmi mereka. Tiba-tiba saja timbul Stadium Nasional Bukit Jalil ni.


Stadium mana yang dipilih oleh FAM tidak menjadi soal. Tapi FAM sepatutnya sedar, punca sebenar gembar-gembur peminat datangnya dari laman rasmi FAM sendiri.

Sokong Harimau Malaya.

Jun 2, 2013

Kelantan Lawan Johor DT Final Piala FA 2013

Perlawanan Akhir Piala FA 2013 pada 29 Jun [Sabtu] di Stadium Shah Alam. Perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim ini dijadualkan bermula pada jam 8.45 malam.

Kelantan menang 4-1 dengan Terengganu [1/2 akhir pertama]
Kelantan kalah 2-4 kepada Terengganu [1/2 akhir kedua]
Kelantan layak dengan agregat 6-5

Johor DT menang 1-0 dengan pahang [1/2 akhir pertama]
Johor DT kalah 1-2 kepada Pahang [1/2 kedua]
Johor DT layak dengan kelebihan peraturan jaringan di tempat lawan [agregat 2-2]

akhir piala fa 2013
Kelantan layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 setelah menewaskan PKNS, Sarawak dan Terengganu.

Kelantan berjaya menjaringkan 14 gol dan melepaskan 8 gol sepanjang laluan ke perlawanan akhir. Kelantan mendapat 'bye' di pusingan pertama.

Johor DT layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 setelah menewaskan Perak, Kedah, Selangor dan Pahang.

Johor DT berjaya menjaringkan 8 gol dan melepaskan 7 gol sepanjang laluan ke perlawanan akhir [tidak termasuk tendangan penalti ketika menentang Kedah dan Selangor].

Perlawanan Akhir Piala FA 2013 Kelantan Vs Johor DT
Siapa juara?

Jun 1, 2013

Siaran Langsung Pahang Lawan Johor DT

Siaran langsung perlawanan bola sepak saingan separuh akhir kedua Piala FA 2013 antara Pahang dan Johor Darul Takzim malam ini tentunya yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak dan seluruh rakyat Malaysia.

Peminat dan penyokong kedua-dua pasukan Pahang dan Johor DT tentunya mahukan pasukan mereka menang dan layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 nanti.

Siaran langsung ini juga ditunggu oleh peminat dan penyokong pasukan Kelantan untuk mengetahui siapakah antara Johor DT dan Pahang ini yang akan bertemu Kelantan The Red Warriors di perlawanan akhir. Kelantan telah pun layak setelah menumpaskan Terengganu dengan agregat 6-5.

pahang vs johor dt
Rakyat Malaysia lainnya juga pastinya ingin melihat dan mengetahui apakah insiden kebanjiran penonton seperti yang berlaku di Stadium Darul Makmur berulang lagi.

Piala FA 2013 Separuh Akhir Pusingan 2 Pahang lwn Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini akan disiarkan secara langsung oleh Astro Arena CH801 dan TV1. Perlawanan dijadualkan pada jam 08.45 malam.

Live Streaming Pahang vs Johor malam ini mungkin sekali tidak berlaku kesesakan. Hehe...