Jun 15, 2014

Makin Seronok Tengok Brendan Gan

Pahang [1] vs [0] Kelantan

Kelantan The Red Warriors kalah lagi dan kali kalah kepada Pahang. Hampa peminat Kelantan untuk melihat pasukan TRW untuk terus membaiki kedudukan dalam Liga Super musim ini.

Selepas 19 perlawanan, Kelantan hanya berjaya mengumpul 28 mata hasil daripada 9 kemenangan, 1 seri dan 9 kali kalah. Kelantan berjaya menjaringkan 22 gol tetapi melepaskan 23 gol kepada pihak lawan.

Nampak jelas ada yang tidak kena dengan pasukan kelantan musim ini.

brendan gan

Apa pun aku semakin seronok melihat Brendan Gan. Beliau berjaya mengawal bahagian tengah, membantu penyerang dan juga membantu barisan pertahanan Kelantan.

Mungkinkah Brendan Gan yang dilahirkan di Australia ini berpeluang untuk mewakili Malaysia dan bersama harimau Malaya suatu hari nanti?

2 comments :

  1. tak tau sangat pasal bole ni.. tp baru ni tengok JDT lawan Terengganu.. fuhh... mmg dasat

    ReplyDelete