Apr 17, 2013

Separuh Akhir Piala FA 2013

Kelantan vs Terengganu dan Pahang vs Johor DT

Tiga pasukan dari Pantai Timur dan satu pasukan dari selatan Semenanjung layak ke Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2013. Kelantan akan menentang Terengganu sementara Pahang pula akan melawan Johor Darul Takzim.

separuh akhir piala fa

Kelantan menewaskan Sarawak dengan agregat 4-1, Terngganu menewaskan Negeri Sembilan dengan agregat 6-1, Pahang mengalahkan Sime Darby dengan agregat 2-0 sementara Johor Darul Takzim pula menang ke atas Selangor melalui tendangan penalti selepas seri dengan agregat 3-3.

Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2013 dijadualkan pada 25 & 28 Mei 2013.

Apr 8, 2013

Salahkah Kalau Kelantan Tamak?

Hari Rabu 10.04.13, perlawanan keempat Piala AFC 2013 antara SHB Da Nang melawan Kelantan. Perlawanan sebelah petang dijadualkan berlangsung pada jam 4:30 waktu Malaysia di Stadium Chi Lang, Da Nang. Aku memang tak seronok hati bila TRW main sebelah petang. Memenatkan.

live streaming bola sepak

Khabarnya Badri Radzi [Piya], Shakir Shaari dan Daud Su akan direhatkan kali ini dan akan kembali dalam perlawanan Liga Super menentang ATM pada 13 April nanti. Kelantan perlu menang untuk terus mencabar pendahulu liga.

Sejak 13 Mac, Kelantan terus menang dan menang 5 perlawanan berturut-turut dengan menewaskan Ayeyawady United [3-1], PKNS [4-2], ATM [3-2], Da Nang [5-0] dan Sarawak [2-1]. Harap-harap terus menang untuk kali ke-6 berturut-turut di Vietnam nanti. Kelantan tidak tamak, kan?

Apr 2, 2013

Tarikh DUN Dan Parlimen Bubar Dengan Sendiri


bubar

Hanya sekadar mahu tahu bila DUN dan parlimen bubar dengan sendirinya. Cari punya cari dapat juga aku kumpul dan senaraikan tarikh-tarikh DUN dan Parlimen akan terbubar secara automatik.

28/03/13 Negeri Sembilan
07/04/13 Pahang
21/04/13 Johor
21/04/13 Melaka
22/04/13 Selangor
25/04/13 Perak
28/04/13 Perlis
28/04/13 Kelantan
28/04/13 PARLIMEN
02/05/13 Pulau Pinang
05/05/13 Kedah
05/05/13 Sabah
05/05/13 Terengganu

Memang rasa dah tak sabar untuk memangkah dan mengundi sekali lagi. Sarawak telah pun mengadakan pilihan raya negeri pada 22 Jun 2011.