Jan 31, 2014

Tahun Baru Cina Yang Sunyi

Ya. Tahun Baru Cina yang sunyi daripada bunyi bising, kecuali bunyi ekzos motor Mat Rempit yang memang tak mengira hari raya apa sekali pun. Memang sangat-sangat tak sama berbanding suasana bila Hari Raya Puasa. Sangat tak sama.

Tahun Baru Cina Yang Sunyi

tahun lalu bila raya puasa
bunyi mercun memang perkara biasa
kali ini bila tahun baru cina
senyap sunyi pula tak dengar apa-apa

akan datang bila raya tiba lagi
pasti bunyi bising didengar sana sini
bakar mercun bakar bunga api
orang kita entah bila nak sedar diri

Sanak saudara dan rakan-rakan memang ada yang ambil peluang untuk balik bercuti. Seronoknya masih ada cuma bisingnya sahaja yang tak ada. Tak logik pula kalau kilang di China dah hentikan pengeluaran mercun.

Ha ha ha...

Orang Cina tak bakar mercun ke?

Jan 26, 2014

Kelantan Menang Kali Kedua

Sarawak [0] vs [1] Kelantan

Kelantan Menang Kali Kedua
Kelantan menang kali kedua.

Kelantan berjaya mengekalkan permulaan sempurna mereka untuk musim Liga Super 2014 ini. Gol tunggal jaringan Francis Doe di penghujung masa perlawanan malam tadi memberikan 3 mata lagi untuk Kelantan.

Sebelum ini dalam perlawanan pertama di Kota Bharu, Kelantan mengalahkan PKNS 2-0. Melalui gol jaringan pemain import dari Lubnan Mohammed Ghaddar yang menerima hantaran dari Francis Doe dan melalui tendangan penalti.

Kali ini Ghaddar pula membuat hantaran kepada Francis Doe untuk menjaringkan gol. Ghaddar menerima bola dari ketua pasukan Mohd Badri Radzi, mengatasi kawalan Ronny Harun dan menghantar bola kepada Doe di depan pintu gol Sarawak.

Kelantan menang kali kedua.

Sarawak kalah kali kedua.

Selepas dua perlawanan Liga Super 2014, hanya Kelantan yang berjaya mengumpul 6 mata hasil 2 kemenangan. Lain-lain pasukan sekadar mendapat 3 mata. Menang sekali dan kalah sekali. Dan hanya Sarawak yang belum mendapat sebarang mata. Kalah dua kali.

Jan 18, 2014

Keputusan Kelantan Lawan Sime Darby

Petang teduh kehilangan mega,
Langit biru bertukar mendung;
Keputusan separuh masa pertama,
Sime Darby satu Kelantan kosong;

Hujan teduh bintang bercahaya,
Bulan menjelma di langit biru;
Keputusan separuh masa kedua,
Kelantan dua Sime Darby satu.

Bintang The Red Warriors

Apek Piya Shawky Ghaddar,
Forkey Obinna Zairul Fakri;
Harapan kita tidaklah besar,
Satu piala mahu dimenangi.

Jan 17, 2014

Pantun Piala Sumbangsih 2014

Gendang perang ditunggu kasih,
Bertandak gajah di pasir putih;
Idaman Pahang Piala Sumbangsih,
Lions tak usah berlebih-lebih.

Jan 15, 2014

Ronaldo Pemain Terbaik Dunia 2013

Burung jenaka kucing ketawa,
Senyum kambing geleng kepala;
Ballon d'Or anguerah FIFA,
Ronaldo pemain terbaik dunia.

Jan 12, 2014

Salam Maulidur Rasul

Biar ditampi beras melukut,
Bukan untuk dibiar sahaja;
Sunnah Nabi bersama diikut,
Sesuai untuk selama-lama.

Jan 7, 2014

Kitab Al-Quran Versi Digital

Jalani kehidupan bawa bekal,
Ambil maklumat tanpa kesal;
Kitab al-Quran versi digital,
Pastikan juga dari mana asal.

Jan 5, 2014

Pemain Termahal Pablo Aimar

Tiada terkenal sungai tercemar,
Mendung berarak hujan tak jadi;
Pemain termahal Si Pablo Aimar,
Penjaring terbanyak siapalah nanti.

Jan 3, 2014

Syaitan Yang Suka Menyakat

Sungguh mulia hari Jumaat,
Sabtu menjelma besok hari;
Tergesa-gesa syaitan menyakat,
Menghalang kita berhati-hati.