
Ap
a nak dikata lagi, bagi aku sehingga setengah tahun 2013 ini FAM lebih banyak gagal berbanding tahun-tahun yang lepas. Banyak perkara yang aku nampak dan aku perhatikan, sebahagiannya akan aku tuliskan di bawah. Terserah, korang mahu setuju atau tidak.
Ranking FIFA. Tak juga berjaya untuk naik dan sangat tidak menggembirakan. Melihat kepada kedudukan terbaik dunia di tempat ke 75 pada bulan Ogos 1993, FAM memang menyedihkan. Bulan Julai 2013 ini Harimau Malaya berada di tangga ke 159 dunia dan 31 di Asia, di belakang Singapura.
Liga Super. Piala Liga Super sudah pun berjaya dibawa pulang oleh Lions XII menyeberangi tambak Johor. Piala kita tapi orang lain yang muncul juara. Tentunya FAM gagal untuk membantu pasukan di negara sendiri untuk menjadi lebih baik.
Jadual. Ini lagi satu hal yang agak berat. yang pastinya merencatkan perkembangan bola sepak tanah air. jadual ketat yang TIDAK boleh diubah untuk pasukan sendiri TETAPI diberi pula kelonggaran untuk pasukan jemputan, Lions XII.
Perlawanan play-off untuk Piala Malaysia pula pada 10.07.2013, hari pertama puasa. Mereka tak reti tengok kalendar ke?

Kisah-kisah lain seperti denda, kes jualan tiket, kes lawatan, kes latihan pasukan negara dan macam-macam hal lagi korang dah baca dan dengar dalam berita tv, kan? Malas aku nak cerita banyak-banyak.
Walau pun aku seronok dengan saingan dan ragam liga tempatan, aku tetap berpendapat FAM gagal. Tak ada apa yang nak dibanggakan dengan bola sepak Malaysia!