Dec 6, 2013

Banjir Terkini Di Malaysia

Banjir Terkini Di Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan Dan Melaka.

Dah musim banjir sekarang. Lima negeri di Semenanjung dah pun dilanda banjir. Kesemua negeri yang terlibat adalah negeri-negeri pantai timur Semenanjung. Monsun Timur Laut kata cikgu masa sekolah dulu.

Banjir Terkini Di Malaysia

Banjir Di Terengganu

Masa Kejadian Berlaku 02/12/2013 12:43:36
Alamat Daerah Kemaman Kemaman Terengganu
Punca Hujan lebat yang berterusan menyebabkan air sungai melimpah.

Banjir Di Pahang

Masa Kejadian Berlaku 02/12/2013 13:44:30
Alamat Rompin Pahang
Punca Hujan lebat berterusan.

Banjir Di Johor

Masa Kejadian Berlaku 02/12/2013 15:43:17
Alamat Mersing Johor
Punca Hujan lebat mulai 1 Disember 2013(malam) sehingga sekarang(2 Disember 2013)menyebabkan air sungai melimpah.

Banjir Di Kelantan

Masa Kejadian Berlaku 04/12/2013 11:46:18
Alamat Kuala Krai Kelantan
Punca Hujan lebat yang berterusan menyebabkan air sungai melimpah. Kampung yang terlibat adalah Kg. Guchil, Kg. Manik Urai Lama, Kg. Mangkebang dan Kg. Olak Jeram.

Banjir Di Melaka

Masa Kejadian Berlaku 04/12/2013 13:40:46
Alamat Jasin Melaka
Punca Hujan yang turun semenjak 2 Disember telah menyebabkan air sungai Kesang melimpah ke kawasan tanah rendah.

Sila ambil perhatian pada anak-anak yang keluar rumah. Mana tahu mereka berpakat ramai-ramai bermain banjir. Bahaya ni. Main air banjir sorang-sorang lagi bahaya.

Jaga keselamatan harta benda dan nyawa.

4 comments :

  1. semua banjir apa nak kata bersabar doa moga banjir ini akan reda

    ReplyDelete
  2. Sekarang macam tak serupa dulu, dulu nak jumpa banjir macam makan tahu sekarang banjir setiap tahun.

    ReplyDelete
  3. Dengar cerita kat Johor, belah Kluang pun dah banjir. Hmmm.. Teruk betul banjir tahun ni.

    ReplyDelete
  4. kalau dulu banjir dinantikan sebab nak main.. tp sekarang banjir memang menakutkan..

    ReplyDelete