Mar 30, 2012

This Site Has Been Moved to a New Server

account moved

Pernah terima mesej macam ni? Kali pertama menerimanya mesti cuak juga kan? Tapi jangan risau, ia bukan apa-apa hanya sekadar satu urusan oleh pentadbir server saja. Blog kita masih selamat.

Itulah yang berlaku kepada blog Tehramuan Dot Com sebentar tadi. Mulanya aku dah gelabah dan risau. Apa hal la pulak berlaku kepada blog kesayangan aku tu. Otak aku dah mula membuat arahan untuk menghubungi pentadbir server, tetapi hati masih memujuk. Sabar...

Masuk ke dapur, ambil secawan kopi yang dah dibuat tadi untuk bertenang. Dengan merendamkan 'biskut mayat' ke dalam kopi aku cuba bertenang. Capai Galaxy Tab yang beroperasi dengan Android tu dan cuba lihat blog. Dah ok rupanya. :D Tapi bila aku cuba dengan komputer [chrome] masih tak dapat. Sabar lagi...

feedburner

Lebih kurang sejam, blog Tehramuan Dot Com pulih kembali walaupun masih gagal memaparkan 'headlines' dari feedberner di blogspot ini.

Mar 4, 2012

Ana Berbulan Madu Di Kelantan

Tiba-tiba sahaja aku menjadi seronok dengan berita Bulan Madu Ana Raffali dan suaminya Ahmad Aznaim Abdullah di Kelantan. Kamar pula diberi nama Kamar Ana Raffali dan Naim oleh pihak hotel Kelantan Trade Center [KTC].

Kegembiraan yang berganda-ganda nampaknya. Selamat berbahagia untuk Ana Raffali dan suami.

Ana Berbulan Madu Di Kelantan

Tak tersangka bila negeri Kelantan yang paling miskin di Malaysia ini [seperti kata Perdana Menteri] menjadi pilihan penyanyi terkenal seperti Ana Raffali sebagai lokasi bulan madu. Harap-harap Ana dan suami gembira berada di Kelantan.

Aku masih ingat suatu ketika dahulu, ramai yang bimbang dan sanggup membawa beras bila datang berkunjung. Ya,setelah Kelantan diperintah oleh PAS.

Hairan ada, lucu pun ada kerana kami di sini tak pernah kelaparan. Apa lagi kehabisan beras.

Lebih menghairankan bila ada yang membeli beras di Kelantan [beras Siam] untuk dibawa pulang ke negeri masing-masing.