Oct 3, 2015

Pemenang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Pemenang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah katagori SEO.

Alhamdulillah senarai pemenang pertandingan untuk katagori SEO sudah pun diumumkan oleh penganjur.

Kontest ini telah berlangsung selama sebulan setengah. Jumlah peserta yang menyertai kontest ini adalah seramai 30 orang.

Penang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Pemenang Kategori SEO
  1. http://www.bloggerlelaki.com/2015/08/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html
  2. http://murnimohdyusof.blogspot.my/2015/08/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html
  3. http://nad-lifeisfun.blogspot.my/2015/09/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html
  4. http://www.anakulucheka.com/telekung-reehans-pilihan-muslimah
  5. http://www.hajarshikin.com/2015/08/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html
Tahniah kepada semua pemenang.

Aku juga menyertai kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah ini. Nampaknya tak ada pun nama, blog dan entri aku dalam senarai pemenang.

Sep 21, 2015

Faedah Menyertai Contest Blog

Faedah Menyertai Contest Blog memang sangat banyak. Ada faedah untuk diri sendiri, kebaikan untuk blog dan juga manfaat untuk rakan-rakan blogger.

Antara faedah-faedah bila turut serta ialah :
  • Promosi percuma
  • Menambah trafik
  • Menarik minat pembaca
  • Backlink percuma
  • Menguji tahap seo
  • Mengasah bakat menulis
  • Hadiah wang dan lain-lain

Faedah Menyertai Contest Blog


Faedah Menyertai Contest Blog

Agak ramai rakan blogger yang menyertai contest Telekung Reehans Pilihan Muslimah Agak ramai juga rakan blogger yang menyertai contest anjuran HasrulHassan ini.

Penyertaan telah pun ditutup. Sekarang ini hanya menunggu keputusan pemenang sahaja.

Blog yang ikut bertanding pasti akan mendapat Faedah Menyertai Contest Blog yang dianjurkan.

Walaupun tidak dipilih sebagai pemenang, manfaatnya tetap ada.

Sep 13, 2015

Piala Malaysia 2015 | Kedudukan Kumpulan A B C D

Piala Malaysia 2015 | Kedudukan Kumpulan A B C D dan keputusan perlawanan terkini.

Selepas 4 dan 5 perlawanan saingan Piala Malaysia 2015, Lions XII, Johor DT, Selangor dan PKNS berada di tempat teratas untuk mengetuai kumpulan masing-masing.

Piala Malaysia 2015 | Kedudukan Kumpulan

Piala Malaysia 2015 | Kedudukan Kumpulan A B C D

Berikut adalah kedudukan bagi Kumpulan A, B, C dan D saingan Piala Malaysia 2015 selepas perlawanan keempat.

Kedudukan Kumpulan A


A PASUKAN P M M S K J B +/-
1 Singapore LIONSXII 5 10 3 1 1 7 6 1
2 Kedah FA 5 7 2 1 2 11 7 4
3 Johor Darul Takzim II 4 4 1 1 2 4 5 -1
4 Terengganu FA 4 4 1 1 2 5 9 -4

Kedudukan Kumpulan B



B PASUKAN P M M S K J B +/-
1 Darul Takzim 3 9 3 0 0 9 2 7
2 Sarawak FA 3 6 2 0 1 2 1 1
3 ATM FA 4 3 1 0 3 4 8 -4
4 Perak FA 4 3 1 0 3 1 5 -4

Kedudukan Kumpulan C


C PASUKAN P M M S K J B +/-
1 Selangor FA 5 10 3 1 1 4 4 0
2 Felda United 5 6 1 3 1 7 5 2
3 PBDKT T-Team 5 6 2 0 3 6 8 -2
4 Kelantan FA 5 5 1 2 2 7 7 0

Kedudukan Kumpulan D


D PASUKAN P M M S K J B +/-
1 PKNS FC 4 7 2 1 1 8 4 4
2 Pahang FA 4 6 2 0 2 8 11 -3
3 PDRM FA 4 5 1 2 1 10 10 0
4 Penang FA 4 4 1 1 2 9 10 -1

Saingan Piala Malaysia 2015 telah bermula pada 11 September.

Pasukan tempat pertama dan kedua setiap kumpulan layak ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia 2015.

Siapa yang akan layak ke suku akhir?

Sama-sama kita tunggu selepas semua perlawanan peringkat kumpulan tamat.

Sep 12, 2015

Piala Malaysia 2015 | Jadual Perlawanan Hari Ini

Piala Malaysia 2015
Piala Malaysia 2015 | Jadual Perlawanan Hari Ini (24.10.2015).

Perlawanan Piala Malaysia hari ini melibatkan semua Kumpulan ABCD.

Kesemua perlawanan dijadualkan pada jam 08.45 malam.

Piala Malaysia 2015 | Jadual Perlawanan Hari Ini 24.10.2015

08.45
08.45
08.45
08.45
08.45
08.45
Kumpulan B
Kumpulan C
Kumpulan C
Kumpulan D
Kumpulan D
Kumpulan A
Johor DT
Felda United
Kelantan
Pahang
PKNS
Terengganu
-
-
-
-
-
-
Sarawak
Selangor
T-Team
Pulau Pinang
PDRM
Lions XII


Dan JANGAN LUPA..,

  • Jangan bawa suar atau mercun.
  • Jangan buat onar.
  • Jangan buat malu diri sendiri dan negara.

Sep 9, 2015

Penonton Bakar Suar Di Stadium Shah Alam

Penonton Bakar Suar Di Stadium Shah Alam malam tadi. Perlawanan antara Malaysia lawan Arab Saudi terpaksa dihentikan pada minit ke-88 oleh pengadil.

Malaysia sedang ketinggalan 1-2 kepada Arab Saudi.

Penonton Bakar Suar Di Stadium Shah Alam

Penonton Bakar Suar Di Stadium Shah Alam

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019 Harimau Malaya.

1
11/06/2015
Malaysia
1
1
Timor Leste
2
16/06/2015
Malaysia
0
6
Palestin
3
30/08/2015
Malaysia
0
10
UAE
4
08/09/2015
Malaysia
1
2
Arab Saudi

Mungkin juga molek kalau dapat diberi peluang kepada penonton Malaysia untuk mengadakan perlawanan dengan penonton Arab Saudi.

Penonton lawan Penonton

Dapat juga kita sama-sama tengok siapa yang lebih pandai main bola.

Aug 29, 2015

Piala Malaysia 2015 | Saingan Kumpulan

Nampaknya Saingan Kumpulan Piala Malaysia 2015 akan bermula tak lama lagi. Keputusan undian sudah pun dikeluarkan.

Perlawanan pertama setiap pasukan pada peringkat kumpulan ini telah dijadualkan akan berlangsung pada 11 September nanti.

Liga Super dah habis. Johor DT dah bawa balik piala. Liga Perdana juga dah habis. Kedah akan simpan piala di Alor Star.

Malam tadi Kelantan berjaya membawa pulang Piala Presiden ke Kota Bharu.

Piala Malaysia 2015 | Saingan Kumpulan

Saingan Kumpulan Piala Malaysia 2015


KUMPULAN A
KUMPULAN B
KUMPULAN C
KUMPULAN D
Terengganu
JDT
Selangor
Pahang
Lions XII
Perak
FELDA United
PDRM
Kedah
Sarawak
Kelantan
Pulau Pinang
JDT II
ATM
T-Team
PKNS

Sekarang tumpuan kita ke Saingan Kumpulan Piala Malaysia 2015 pula. Enam belas pasukan akan berebut sebiji bola untuk dijaringkan ke gawang lawan.

Siapa menang dan siapa akan kalah dan balik awal belum tahu lagi.

Ya. Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi.

Kelantan?

Nampaknya Kelantan The Red Warriors telah diundi untuk berada dalam kumpulan maut bersama Selangor, Felda United dan T-Team.

Harap-harap Kelantan TRW tak akan balik awal nanti.

Moga-moga...

Aug 22, 2015

Juara Liga Super 2015

Juara Liga Super 2015 akan diputuskan hanya beberapan jam sahaja lagi. Enam perlawanan terakhir bagi 12 pasukan dalam Liga Super 2015 akan berlangsung malam nanti.

Selepas 21 perlawanan, JDT berjaya mengumpul 46 mata hasil daripada 14 kemenangan dan 4 kali seri. Pahang pula mengumpul 44 mata setelah menang 13 kali dan seri 5 kali. Keduanya masing-masing kalah 3 kali.

Siapa yang akan muncul sebagai juara? Johor DT atau Pahang?

Juara Liga Super 2015

Antara api dengan bahang,
Siapa nanti menjadi bara;
Antara JDT dengan Pahang,
Siapa nanti menjulang piala.

Aku pilih JDT untuk muncul sebagai Juara Liga Super 2015. JDT nampak lebih stabil berbanding pahang. Walaupun sebelum ini mereka terpaksa tunduk 1-4 kepada Kelantan di Kota Bharu tetapi mereka kembali menewaskan Perak di Johor Bharu.

Pahang seperti terumbang-ambing di akhir-akhir ini. Pahang juga pastinya akan menghadapi tentangan sengit daripada Terengganu yang juga bercita-cita untuk mendudui tempat ketiga liga.

Ya. Terengganu masih berpeluang untuk mengatasi Selangor.

Jul 31, 2015

KAFA Mahu Tarik Diri Dari FAM

KAFA Mahu Tarik Diri Dari FAM. Pada pendapat aku, ini HANYA satu ancaman mulut atau lebih kepada rasa TIDAK puas hati sahaja.

Andai kata benar KAFA Mahu Tarik Diri Dari FAM, dari Liga M, aku ada beberapa cadangan untuk KAFA dan atau TSAM.

KAFA Mahu Tarik Diri Dari FAM

Cadangan aku;

  1. TSAM yang tarik diri dari KAFA. Lepas tu tubuh pasukan lain dan buat liga lain.
  2. Pastikan ada pasukan lain turut serta. Sekurang-kurangnya DUA pasukan atau kelab.
  3. Peraturan dan perjalanan liga MESTI kemas dan tepat.
  4. Jangan lupa masukkan peraturan ini; 'Jurulatih, pengurus, pemain atau sesiapa sahaja yang dipecat TIDAK akan dibayar sebarang pampasan oleh persatuan atau kelab'.
  5. ... dan apa-apa peraturan yang menguntungkan kelab.

Apr 11, 2015

SAPS Ditutup Sementara Waktu

SAPS Ditutup Sementara Waktu


"Dimaklumkan bahawa SAPS ditutup sementara waktu sehingga 13 April 2014 jam 11 pagi kerana masalah teknikal dan migrasi server. Sekian. Terima kasih."

Sejak pagi hari Khamis lagi aku gagal untuk masuk ke laman SAPS, rupanya ada masalah teknikal yang berlaku.

Nampak gaya kena tunggu beberapa hari untuk selesaikan tugas yang diberi.

Harap-harap masalah ini dapat diselesaikan segera dan tidak pula berlanjutan.

Mar 18, 2015

Cuti Peristiwa Kelantan 22 Mac 2015

Cuti Peristiwa Kelantan 22 Mac 2015. Demikian diumumkan oleh Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan. Ahad 22 Mac adalah hari mengundi bagi PRK N06 Dun Chempaka.

Hari Ahad adalah hari bekerja bagi negeri Kelantan. Cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.

Cuti Peristiwa Kelantan 22 Mac 2015

PRK N06 Dun Chempaka. Lima calon berminat untuk menjadi wakil rakyat bagi kawasan ini.
  1. Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad - PAS 
  2. Izat Bukhary Ismail Bukhary - BEBAS
  3. Sharif Mahmood - BEBAS
  4. Fadzillah Hussin - BEBAS
  5. Aslah Mamat - BEBAS
Cuti Peristiwa Kelantan 22 Mac 2015. Nampaknya cikgu-cikgu dan murid-murid sekolah di Kelantan boleh sambung cuti lagi satu hari.

Sekarang ini [13.03.2015 hingga 21.03.2015] sekolah-sekolah di Kelantan sedang bercuti. Cuti Pertengahan Penggal Pertama.

Selamat mengundi dan selamat sambung cuti.

Feb 1, 2015

Johor DT Vs Pahang - Piala Sumbangsih 2015

Johor Darul Takzim Vs Pahang - Piala Sumbangsih 2015 - 31.01.2015

Perlawanan pertama musim Liga Malaysia [Liga-M] 2015 adalah pertemuan antara Juara Liga Super [Johor DT] menentang Juara Piala Malaysia 2014 [Pahang].

Johor DT menjadi tuan rumah kepada Pahang dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2015 ini.

Johor DT Vs Pahang - Piala Sumbangsih 2015

Johor DT Vs Pahang - Piala Sumbangsih 2015

Perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ini juga bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

JDT menang Piala Sumbangsih 2015. Mengatasi Pahang 2-0 melalui jaringan Marcos Antonio pada minit ke-37 dan Luciano Figueroa, minit ke-58. Mereka juga berjaya mengumpul 3 mata pertama Liga Super 2015.

Johor DT Vs Pahang - Piala Sumbangsih 2015.

Jan 13, 2015

41 Buah Sekolah Gagal Mulakan Sesi Persekolahan 2015

Banjir besar yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak menyebabkan sesi persekolahan ditangguhkan selama seminggu. Penangguhan ini tidak perlu diganti.

Sesi Persekolahan 2015


Sebanyak 41 buah sekolah pula gagal mulakan sesi persekolahan 2015 di Kelantan, Pahang dan Perak. Hari persekolahan dimulakan lewat seminggu [5 hari] dan hari persekolahn ini perlu diganti.

  • 6 sekolah di Kelantan
  • 17 sekolah di Pahang
  • 18 sekolah di Perak

Sekolah-sekolah ini tidak dapat memulakan sesi persekolahan pada 11 atau 12 Januari samada masih dinaiki air, belum bersedia atau masih dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir.

Jan 9, 2015

Jalan Terbok - Sungai Pinang Ditutup Kepada Semua

Jalan Terbok - Sungai Pinang ditutup kepada semua lalu lintas kerana jalan terputus. Banjir yang melanda baru-baru ini telah menghakis tambakan dekat pintu kawalan air 'Gate Kok Keli' di Sungai Selehong, Tumpat.

Jalan Terbok - Sungai Pinang Ditutup

Bagaimanapun pengguna motosikal dan yang berjalan kaki masih dapat melalui jalan ini. Masih ada laluan yang boleh digunakan walau pun sedikit sukar.

Jalan altenatif dari Terbok ke Sungai Pinang ialah melalui Chabang Tiga Berangan, Palekbang dan Kampung Laut.

Jalan Terbok - Sungai Pinang Ditutup

Jalan Terbok - Sungai Pinang Ditutup