Dec 28, 2013

Pemain Import Terbaik

Beberapa nama pemain import terbaik pernah mewarnai kancah bola sepak Malaysia.

Nama-nama seperti Ervin Boban, Abbas Saad, Ulubunmi Adigun, Alan Davidson, Juan Manuel Arostegui, John Hunter, Laszlo Repasi, Scott Ollerenshaw dan Vyatcheslav Melnikov pasti masih segar dalam ingatan peminat bola sepak di Malaysia.

Anugerah Pemain Import Terbaik


Musim lepas nama-nama seperti Dickson Nwakaeme, Bruno Martelotto, Matías Conti dan Marlon Alex James menjadi tumpuan.

Marlon Alex James adalah pemenang Anugerah Pemain Import Terbaik tahun 2012 dan 2013.

Pemain Import TerbaikSiapa pemain import terbaik 2014? Paling menjadi tumpuan ialah Pablo Aimar, pemain termahal Liga Malaysia. Mungkin juga Mohamed Shawky yang menyerlah. Atau pemain musim lepas seperti Ghaddar, Dickson, Martelotto, Conti dan Alex James.

Agak-agak siapa yang akan menjadi pemain import terbaik nanti?

Dec 14, 2013

Contest SEO Eridy

Dahsyat juga penangan Contest SEO Eridy. Ada 171 000 hasil carian yang ditunjukkan oleh Pakcik Google. Memang meriah contest hujung tahun 2013 ni. Tahniah untuk Eridy.

Ramai blogger lelaki dan perempuan yang ikut ambil bahagian. Tak mahu ketinggalan meriahkan majlis. Kalau tak silap apa yang aku bilang, ada 140 penyertaan untuk Contest SEO Eridy ni. Sekali lagi tahniah untuk Eridy.

Entri penyertaan ada berbagai. Baca? Tak la aku baca semua. Mana yang sempat je aku baca. Mungkin aku akan baca lagi beberapa entri penyertaan Contest SEO Eridy tu bila ada kesempatan. Mungkin.

Entri penyertaan aku Contest SEO Eridy Tawar Hadiah Wang Tunai dah hanyut dalam air banjir.

Nasib... nasib...

Contest SEO Eridy

Masuk bab gambar dalam entri Contest SEO Eridy. Ada bermacam jenis dan bentuk gambar dibuat dan dilepaskan oleh blogger yang join contest. Ada gambar kartun, ada gambar alam, gambar lelaki kacak, gambar wanita cantik, graf, lakaran, tulisan SEO dan berbagai-bagai lagi.

Format gambar juga berbagai. Ada jpeg, jpg, png malah format gif pun ada. Memang bukan calang-calang blogger yang join contest. Video atau flash untuk Contest SEO Eridy ni aku tak perasan. Korang ada jumpa?

Gambar yang aku buat? Juga ke laut, hanyut dalam banjir.

Haha...

Dec 7, 2013

Sikap Penyokong Bola Sepak Tak Pernah Berubah

Sikap penyokong bola sepak tak pernah berubah.

Malam tadi ketika Pulau Pinang mengalahkan Kelantan 2-0 di Stadium Bandaraya mereka buat hal lagi. Penonton bakar suar lagi dalam stadium. Dalam perlawanan persahabatan macam ni pun mereka lebih-lebih gaya.

Lebih semangat berbanding disiplin.

Aku nak bagi nasihat sikit walau pun korang tak nak dengar. Bukan begini cara korang nak tunjuk sokongan korang. Nak tunjuk semangat. Nak tunjuk sayangnya korang kepada pasukan. Bukan. Bukan dan Bukan!

Sikap Penyokong Bola Sepak Tak Pernah Berubah

Sikap penyokong bola sepak tak pernah berubah.

Malam tadi sempat aku tengok Kelantan kalah kepada Pulau Pinang 0-2 di Stadium Bandaraya. Aku tak nak cerita pasal game. Tak best. Rasa lebih penting cerita pasal penonton bakar suar. Penonton yang buat hal dalam stadium.

Aku dah kata tadi, bukan macam ni cara korang nak tunjuk sokongan korang. Macam ni cara orang nak jahanamkan pasukan. Jahanam! Korang empat lima orang saja yang dok seronok bakar suar. Orang lain dok susah hati.

Persatuan kena denda dengan FAM.

Sebab tu la aku kata ramai yang susah hati. Persatuan dan pasukan juga yang rugi bila kena denda dengan FAM. Persatuan bola sepak korang juga. Bukan kelab EPL atau La Liga.

Lepas ni tak payah la korang buat macam ni lagi. Berenti laa...

Dec 6, 2013

Banjir Terkini Di Malaysia

Banjir Terkini Di Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan Dan Melaka.

Dah musim banjir sekarang. Lima negeri di Semenanjung dah pun dilanda banjir. Kesemua negeri yang terlibat adalah negeri-negeri pantai timur Semenanjung. Monsun Timur Laut kata cikgu masa sekolah dulu.

Banjir Terkini Di Malaysia

Banjir Di Terengganu

Masa Kejadian Berlaku 02/12/2013 12:43:36
Alamat Daerah Kemaman Kemaman Terengganu
Punca Hujan lebat yang berterusan menyebabkan air sungai melimpah.

Banjir Di Pahang

Masa Kejadian Berlaku 02/12/2013 13:44:30
Alamat Rompin Pahang
Punca Hujan lebat berterusan.

Banjir Di Johor

Masa Kejadian Berlaku 02/12/2013 15:43:17
Alamat Mersing Johor
Punca Hujan lebat mulai 1 Disember 2013(malam) sehingga sekarang(2 Disember 2013)menyebabkan air sungai melimpah.

Banjir Di Kelantan

Masa Kejadian Berlaku 04/12/2013 11:46:18
Alamat Kuala Krai Kelantan
Punca Hujan lebat yang berterusan menyebabkan air sungai melimpah. Kampung yang terlibat adalah Kg. Guchil, Kg. Manik Urai Lama, Kg. Mangkebang dan Kg. Olak Jeram.

Banjir Di Melaka

Masa Kejadian Berlaku 04/12/2013 13:40:46
Alamat Jasin Melaka
Punca Hujan yang turun semenjak 2 Disember telah menyebabkan air sungai Kesang melimpah ke kawasan tanah rendah.

Sila ambil perhatian pada anak-anak yang keluar rumah. Mana tahu mereka berpakat ramai-ramai bermain banjir. Bahaya ni. Main air banjir sorang-sorang lagi bahaya.

Jaga keselamatan harta benda dan nyawa.

Dec 4, 2013

Contest SEO Eridy Tawar Hadiah Wang Tunai

Siapa mahu hadiah wang tunai boleh sertai Contest SEO Eridy.


Ya. Hanya untuk siapa yang mahu. Siapa yang tak mahu, duduk diam-diam dekat tepi. Contest ini hanya untuk peserta yang boleh terima hadiah wang tunai. [sertai contest juga boleh dapat duit seperti buat kerja sambilan] Lain-lain hadiah berupa barangan elektrik atau gajet baru seperti Samsung S4, iPad, iPhone, tak ada.

Jangan nak berangan!

Hadiah wang tunai Contest SEO Eridy berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Siapa mahu asah bakat boleh sertai Contest SEO Eridy.


Ya. Hanya untuk siapa yang mahu. Sesuai untuk asah bakat menulis bagi blogger baru. Juga untuk asah bakat bermain dengan SEO. Bermain kata kunci dan belajar SEO.

Siapa yang tak mahu belajar SEO, tak mahu bermain dengan kata kunci atau keyword, tak mahu pikat hati enjin carian Pakcik Google, tak payah ikut. Duduk je diam-diam dekat tepi.

Sebabnya? Sebab pemenang cabaran contest ini dipilih berdasarkan keyword Contest SEO Eridy melalui enjin carian Google. Keyword lain tak diterima. Jangan nak menggatal dan nak pandai-pandai.

Enteri penyertaan dengan keyword Contest SEO Eridy yang berada paling atas dalam carian Google akan dipilih sebagai pemenang.

Siapa mahu berkenalan dengan Eridy boleh sertai Contest SEO Eridy.


Ya. Hanya untuk siapa yang mahu. Yang mahu sahaja boleh berkenalan dengan Eridy yang berasal dari Sabah ini. Siapa yang tak mahu berkenalan dengan Eridy, duduk diam-diam dekat tepi.

Eridy masih muda belia dan suka stalking kisah-kisah orang dalam Google. Nak tahu lebih lanjut, email saja kepada beliau. Atau pun bila menang nanti, belanja beliau makan roti pau inti kacang.

Contest SEO Eridy


Korang boleh tulis apa sahaja dan bagaimana cara pun untuk Contest SEO Eridy ini. Ikut suka hati korang. Tapi kalau nak menang, kena la masukkan keyword atau kata kunci yang dipertaruhkan. Korang tak menang nanti jangan kata aku tak bagi tahu pulak.

Contest SEO Eridy tawar hadiah wang tunai untuk siapa yang menang sahaja. Siapa yang kalah / tak menang, harap-harap dapat ilmu SEO nanti.Tak berjaya dapat wang hadiah tapi bejaya dapat ilmu SEO.

Untuk bekalan menulis masa depan.

Dec 3, 2013

Panduan Asas Kerja Sambilan Di Rumah

jobdirumah
Kerja Di Internet Banyak Tipu.

Memang tak salah untuk kita berwaspada. Sikap ini memang baik. Nak buat apa-apa pun, tambah lagi untuk keluarkan duit walau pun tak banyak, kita mesti berhati-hati.

Sebab tu ramai yang cadangkan kita dapatkan Panduan Asas Untuk Kerja Sambilan kalau kita memang mahu buat kerja sambilan. Salah satu alternatif yang boleh dipercayai dan telah mendapat kepercayaan ramai ialah dari Jobdirumah. Kerja yang ditawarkan adalah dari seluruh dunia.

KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan 
  • Syarat Kelayakan :
  • Asas komputer dan internet
  • Microsoft Office (Words dan Excel)
  • Boleh menulis, membaca dan faham B. Inggeris 
  • Komputer/Laptop
  • Akses ke talian internet
  • 18 tahun keatas
  • Boleh bekerja tanpa pengawasan 
Klik Untuk Mendaftar

Kerja yang disarankan oleh Jobdirumah adalah untuk semua. Untuk sesiapa sahaja. Korang boleh pilih kerja yang sesuai dengan korang [melalui email dari Jobdirumah] dan korang boleh dibuat secara sambilan sahaja.

jobdirumah

Ingat, Jobdirumah.com HANYA memberi perkhidmatan berupa info dan panduan asas dalam bentuk penerangan bertulis dan video untuk kerja di rumah yang boleh korang buat. Bagaimana dan di mana mahu mendapatkan tugasan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk diselesaikan di rumah.

Korang bukan dapat kerja dari Jobdirumah!

Dec 1, 2013

Jadual Perlawanan Piala FA 2014

piala fa
Sebanyak 30 pasukan berstatus kelab dan negeri akan bersaing bagi merebut Piala FA 2014. Kelantan dan Johor DT yang layak ke Perlawanan Akhir Piala FA musim lepas mendapat laluan mudah layak secara automatik ke pusingan kedua.

Jadual Perlawanan Piala FA 2014 - Kelantan

Pusingan Pertama Piala FA 2014 - 21.01.2014

Pusingan Kedua Piala FA 2014 - 04.02.2014

Perlawanan Suku Akhir Piala FA 2014 - 11 dan 18.03.2014

Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2014 - 06 dan 31.05.2014

Perlawanan Akhir Piala FA 2014 - 07.06.2014

Dapatkan Kelantan The Red Warriors mengekalkan rentak kemenangan untuk berjaya ke Perlawanan Akhir Piala FA 2014 dan setrusnya mengekalkan penguasaan mereka untuk membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu.