Oct 26, 2013

Terima Kasih Bojan Hodak

bojan hodak

Kelantan Layak Ke Final Piala Malaysia 2013 mengalahkan ATM dengan agregat 4-3. Kelantan menang 2-1 dalam Separuh Akhir Pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan seri 2-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Peminat dan penyokong bolasepak Kelantan memang patut sangat bagi terima kasih banyak kepada Bojan Hodak, Ketua Jurulatih Kelantan yang memasukkan Ahmad Fakri Saarani dan Zairul Fitree Ishak. Fakri menggantikan Zairo Anuar Zalani pada minit ke-66 dan Zairul menggantikan Azizi bin Matt Rose pada minit ke-77.

Kemasukan dua pemain gantian membantu Kelantan bangkit untuk mendapatkan gol. Ahmad Fakri menjaringkan gol pertama Kelantan hasil hantaran Indra Putra. Zairul Fitri pula membuat hantaran menarik kepada Piya untuk menjaringkan gol penyamaan.

Kelantan layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 setelah menewaskan ATM dengan agregat 4-3 di separuh akhir.

Oct 18, 2013

Keputusan Separuh Akhir ATM Lawan Kelantan

apek
Keputusan terkini perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2013. Perlawanan separuh akhir pertama malam ini melibatkan pasukan ATM dan Kelantan. ATM menjadi tuan rumah kepada Kelantan dan perlawanan berlangsung di Stadium Perbandaran Selayang.

Keputusan perlawanan hari ini Jumaat 18.10.2013 yang disiarkan secara langsung di TV1.

ATM [1] vs [1] KELANTAN
___________________________________________________
SEPARUH MASA PERTAMA


Stadium Perbandaran Selayang penuh dengan penonton. ATM dan Kelantan saling menyerang tapi keadaan padang yang sedikit becak banyak menghalang pergerakan.


ATM [1] vs [2] KELANTAN
___________________________________________________
SEPARUH MASA KEDUA


Kelantan mengalahkan ATM 2-1 sepenuh masa perlawanan walau pun melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan gol di separuh masa kedua.

Jumpa lagi di Kota Bharu nanti

Oct 11, 2013

Adakah ATM Takut Kalah?

Sorong papan tarik papan nampaknya pasukan Angkatan Tentera Malaysia [ATM] dalam persediaan untuk menentang Kelantan di peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 pada 18 Oktober [Jumaat] nanti.

Perlawanan yang pada asalnya dijadualkan di Stadium Perbandaran Selayang telah dipindahkan ke Stadium Shah Alam dan kini ada permohonan untuk berpindah sekali lagi kembali ke Stadium Perbandaran Selayang.

Selayang - Shah Alam - Selayang

Takut ke?

atm vs kelantan

Harap-harap ATM tak ubah pendirian lagi selepas ini. Harap-harap juga FAM meluluskan permohonan mereka.

Beraksi di laman sendiri adalah satu kelebihan dan satu kepuasan. Menang kalah sudah menjadi adat dalam perlawanan. Apa yang penting ialah memberi persembahan terbaik untuk pasukan, peminat dan bolasepak Malaysia.

Oct 7, 2013

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Pertama Dan Kedua Piala Malaysia 2013

Muktamad. Empat pasukan terbaik saingan Piala Malaysia 2013 ialah Pahang, Angkatan Tentera Malaysia [ATM], Sarawak dan Kelantan.

Pahang menewaskan PKNS dengan agregat 5-3, ATM  kalahkan Lions XII dengan agregat 4-2, Sarawak menang dengan Sime Darby 3-1dan Kelantan menundukkan Johor DT dengan agregat 8-5 di peringkat suku akhir.

Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 akan diadakan selepas pertemuan Malaysia vs Bahrain dalam Kelayakan Piala Asia 2015 pada 15.10.2013 jam 8.45 malam.

separuh akhir piala malaysia 2013

Perlawanan Separuh Akhir Pertama
ATM vs Kelantan [18.10.13] Stadium Shah Alam.
Pahang vs Sarawak [19.10.13] Stadium Darul Makmur.

Perlawanan Separuh Akhir Kedua
Kelantan vs ATM [25.10.13] Stadium Sultan Muhammad IV.
Sarawak vs Pahang [26.10.13] Stadium Negeri Kuching.

Siapa yang akan layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013?

Oct 4, 2013

ATM Dan Pahang Ke Separuh Akhir

ATM dan Pahang layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 setelah menumpaskan lawan masing-masing iaitu Lions XII dan PKNS FC di peringkat suku akhir.

ATM menang di tempat sendiri mengalahkan Lions XII 4-1 dan layak ke separuh akhir dengan agregat 4-2. ATM tewas 0-1 kepada Lions XII di tempat lawan. Pahang pula layak dengan kelebihan agregat 5-3. Pahang menang 3-2 di tempat sendiri dan menang lagi 2-1 di tempat lawan.

atm pahang
Pertemuan kedua antara Kelantan vs JDT dan Sarawak vs Sime Darby pada 5 Oktober [besok] akan melengkapkan 4 pasukan yang akan bertemu di Separuh Akhir Piala Malaysia 2013.

Dalam perlawanan pertama suku akhir, Kelantan tewas 2-4 di Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunus, Johor sementara Sarawak dan Sime Darby seri tanpa jaringan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Siapa yang menemani ATM dan Pahang di Separuh Akhir Piala Malaysia 2013? Kelantan, Johor DT, Sarawak atau Sime Darby?