Showing posts with label blog dan blogger. Show all posts
Showing posts with label blog dan blogger. Show all posts

Oct 3, 2015

Pemenang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Pemenang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah katagori SEO.

Alhamdulillah senarai pemenang pertandingan untuk katagori SEO sudah pun diumumkan oleh penganjur.

Kontest ini telah berlangsung selama sebulan setengah. Jumlah peserta yang menyertai kontest ini adalah seramai 30 orang.

Penang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Pemenang Kategori SEO
  1. http://www.bloggerlelaki.com/2015/08/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html
  2. http://murnimohdyusof.blogspot.my/2015/08/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html
  3. http://nad-lifeisfun.blogspot.my/2015/09/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html
  4. http://www.anakulucheka.com/telekung-reehans-pilihan-muslimah
  5. http://www.hajarshikin.com/2015/08/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html
Tahniah kepada semua pemenang.

Aku juga menyertai kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah ini. Nampaknya tak ada pun nama, blog dan entri aku dalam senarai pemenang.

Sep 21, 2015

Faedah Menyertai Contest Blog

Faedah Menyertai Contest Blog memang sangat banyak. Ada faedah untuk diri sendiri, kebaikan untuk blog dan juga manfaat untuk rakan-rakan blogger.

Antara faedah-faedah bila turut serta ialah :
  • Promosi percuma
  • Menambah trafik
  • Menarik minat pembaca
  • Backlink percuma
  • Menguji tahap seo
  • Mengasah bakat menulis
  • Hadiah wang dan lain-lain

Faedah Menyertai Contest Blog


Faedah Menyertai Contest Blog

Agak ramai rakan blogger yang menyertai contest Telekung Reehans Pilihan Muslimah Agak ramai juga rakan blogger yang menyertai contest anjuran HasrulHassan ini.

Penyertaan telah pun ditutup. Sekarang ini hanya menunggu keputusan pemenang sahaja.

Blog yang ikut bertanding pasti akan mendapat Faedah Menyertai Contest Blog yang dianjurkan.

Walaupun tidak dipilih sebagai pemenang, manfaatnya tetap ada.

Dec 14, 2013

Contest SEO Eridy

Dahsyat juga penangan Contest SEO Eridy. Ada 171 000 hasil carian yang ditunjukkan oleh Pakcik Google. Memang meriah contest hujung tahun 2013 ni. Tahniah untuk Eridy.

Ramai blogger lelaki dan perempuan yang ikut ambil bahagian. Tak mahu ketinggalan meriahkan majlis. Kalau tak silap apa yang aku bilang, ada 140 penyertaan untuk Contest SEO Eridy ni. Sekali lagi tahniah untuk Eridy.

Entri penyertaan ada berbagai. Baca? Tak la aku baca semua. Mana yang sempat je aku baca. Mungkin aku akan baca lagi beberapa entri penyertaan Contest SEO Eridy tu bila ada kesempatan. Mungkin.

Entri penyertaan aku Contest SEO Eridy Tawar Hadiah Wang Tunai dah hanyut dalam air banjir.

Nasib... nasib...

Contest SEO Eridy

Masuk bab gambar dalam entri Contest SEO Eridy. Ada bermacam jenis dan bentuk gambar dibuat dan dilepaskan oleh blogger yang join contest. Ada gambar kartun, ada gambar alam, gambar lelaki kacak, gambar wanita cantik, graf, lakaran, tulisan SEO dan berbagai-bagai lagi.

Format gambar juga berbagai. Ada jpeg, jpg, png malah format gif pun ada. Memang bukan calang-calang blogger yang join contest. Video atau flash untuk Contest SEO Eridy ni aku tak perasan. Korang ada jumpa?

Gambar yang aku buat? Juga ke laut, hanyut dalam banjir.

Haha...

Dec 4, 2013

Contest SEO Eridy Tawar Hadiah Wang Tunai

Siapa mahu hadiah wang tunai boleh sertai Contest SEO Eridy.


Ya. Hanya untuk siapa yang mahu. Siapa yang tak mahu, duduk diam-diam dekat tepi. Contest ini hanya untuk peserta yang boleh terima hadiah wang tunai. [sertai contest juga boleh dapat duit seperti buat kerja sambilan] Lain-lain hadiah berupa barangan elektrik atau gajet baru seperti Samsung S4, iPad, iPhone, tak ada.

Jangan nak berangan!

Hadiah wang tunai Contest SEO Eridy berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Siapa mahu asah bakat boleh sertai Contest SEO Eridy.


Ya. Hanya untuk siapa yang mahu. Sesuai untuk asah bakat menulis bagi blogger baru. Juga untuk asah bakat bermain dengan SEO. Bermain kata kunci dan belajar SEO.

Siapa yang tak mahu belajar SEO, tak mahu bermain dengan kata kunci atau keyword, tak mahu pikat hati enjin carian Pakcik Google, tak payah ikut. Duduk je diam-diam dekat tepi.

Sebabnya? Sebab pemenang cabaran contest ini dipilih berdasarkan keyword Contest SEO Eridy melalui enjin carian Google. Keyword lain tak diterima. Jangan nak menggatal dan nak pandai-pandai.

Enteri penyertaan dengan keyword Contest SEO Eridy yang berada paling atas dalam carian Google akan dipilih sebagai pemenang.

Siapa mahu berkenalan dengan Eridy boleh sertai Contest SEO Eridy.


Ya. Hanya untuk siapa yang mahu. Yang mahu sahaja boleh berkenalan dengan Eridy yang berasal dari Sabah ini. Siapa yang tak mahu berkenalan dengan Eridy, duduk diam-diam dekat tepi.

Eridy masih muda belia dan suka stalking kisah-kisah orang dalam Google. Nak tahu lebih lanjut, email saja kepada beliau. Atau pun bila menang nanti, belanja beliau makan roti pau inti kacang.

Contest SEO Eridy


Korang boleh tulis apa sahaja dan bagaimana cara pun untuk Contest SEO Eridy ini. Ikut suka hati korang. Tapi kalau nak menang, kena la masukkan keyword atau kata kunci yang dipertaruhkan. Korang tak menang nanti jangan kata aku tak bagi tahu pulak.

Contest SEO Eridy tawar hadiah wang tunai untuk siapa yang menang sahaja. Siapa yang kalah / tak menang, harap-harap dapat ilmu SEO nanti.Tak berjaya dapat wang hadiah tapi bejaya dapat ilmu SEO.

Untuk bekalan menulis masa depan.

Mar 30, 2012

This Site Has Been Moved to a New Server

account moved

Pernah terima mesej macam ni? Kali pertama menerimanya mesti cuak juga kan? Tapi jangan risau, ia bukan apa-apa hanya sekadar satu urusan oleh pentadbir server saja. Blog kita masih selamat.

Itulah yang berlaku kepada blog Tehramuan Dot Com sebentar tadi. Mulanya aku dah gelabah dan risau. Apa hal la pulak berlaku kepada blog kesayangan aku tu. Otak aku dah mula membuat arahan untuk menghubungi pentadbir server, tetapi hati masih memujuk. Sabar...

Masuk ke dapur, ambil secawan kopi yang dah dibuat tadi untuk bertenang. Dengan merendamkan 'biskut mayat' ke dalam kopi aku cuba bertenang. Capai Galaxy Tab yang beroperasi dengan Android tu dan cuba lihat blog. Dah ok rupanya. :D Tapi bila aku cuba dengan komputer [chrome] masih tak dapat. Sabar lagi...

feedburner

Lebih kurang sejam, blog Tehramuan Dot Com pulih kembali walaupun masih gagal memaparkan 'headlines' dari feedberner di blogspot ini.

Feb 1, 2012

Duit Trafik Dari Mama Murai

Pada entri sebelum ini aku menulis mengenai Pertandingan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah yang dianjurkan ole saudara Titan. Penyertaan nampaknya meriah dan tarikh tutup juga masih ada 10 hari lagi. Masih ada masa untuk rakan blogger menyertainya.


Hari ini aku mahu kongsikan satu lagi aktiviti blogging yang boleh disertai oleh rakan blogger iaitu givaway dari Mama Murai. Aktiviti mudah untuk dapat duit mudah.


Mamamurai.Com akan memberikan RM0.03 untuk setiap trafik dari rakan blogger. Kalau 1000 trafik dah dapat RM30.00 tu. Kalau 10000 trafik dah dapat 300 ringgit. Senang nak dapat duit sekarang ini.


Aku percaya masih banyak cara untuk kita dapatkan duit dengan blog. Sementara mencuba cara lain, apa kata jenguk blog Mama Murai untuk dapatkan maklumat lanjut.

Jan 6, 2012

Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah yang dianjurkan oleh Titan Kacak telah pun bermula semalam dan akan berakhir pada 1 Februari 2012. Mr Tehr memang selalu singgah di Earncent.Com dan pernah dua kali menang hadiah pertandingan dari sana. Sekarang Mr Tehr sedang belek-belek memori lama ni, maklumlah dah lama tinggalkan bangku sekolah.

Tajuk yang diberi nampak mudah. Mr Tehr percaya semua orang pasti mempunyai pengalaman kena denda di sekolah, sama ada diri sendiri yang kena denda atau pernah melihat rakan yang kena denda.

Jom sertai pertandingan di Earncent.Com ini dan sama-sama berkongsi pengalaman menarik untuk dijadikan kenangan bersama. Kata orang tua-tua 'yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan'.

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Abrablog.com dan PanduanTNX.com

Jan 3, 2012

Baru Tercapai Target

Nampaknya hari kedua tahun 2012 memang baik untuk blog Tehramuan.Com kerana berjaya mencapai target yang diharapkan. Target sebenar ialah mahu berada di bawah 100k dunia dan bawah 500 dalam Malaysia sebelum tahun 2011 berakhir. Lewat dua hari, ok la kan?

alexa rank


Apa yang aku harapkan pada tahun ini Alexa Rank Tehramuan.Com akan dapat kekal dalam target ini atau menjadi semakin baik.

Jan 1, 2012

Selamat Tahun Baru

Ucapan selamat tahun baru untuk semua rakan blogger dan pengunjung tehramuan. Tahun 2011 yang baharu sahaja berlalu meninggalkan banyak kenangan kepada aku sendiri.

Berblog dengan tapak wordpress memang mengasyikkan terutama apabila mahu bermain dengan SEO. Tetapi aku percaya, apabila kita berusaha dan kena dengan caranya, tapak blogspot percuma ini juga dapat memberi kepuasan maksima.

Google sudah pasti akan memberikan sesuatu yang terbaik kepada pengguna setia mereka.


Akhir tahun lepas, kata kunci kacak begitu popular di kalangan rakan-rakan blogger. Perkataan yang dicetuskan oleh Saudara Titan ini [EarnCent.com] bagi aku seronok pula untuk difahami.

Kacak bukan sahaja pada paras rupa, tetapi juga kacak dalam pemikiran, sikap dan segala-galanya. Pendek kata semua yang baik-baik adalah kacak.

Bulan Disember 2011 begitu meriah dengan komen dari rakan blogger. Tahun 2012 ini aku akan cuba untuk mengemas kini entri di blog blogspot ini sekurangnya sekali dalam seminggu.

Janji pada diri sendiri je tu. Hehehe...