Jun 12, 2014

Kelantan Perlu Terus Berusaha

Kelantan [2] vs [1] Lions XII

Ketua jurulatih Kelantan, George Boateng berpuas hati dengan persembahan pemain Kelantan mengalahkan Lions XII.

Aku juga puas hati kerana Kelantan berjaya mengutip 3 mata yang sangat berharga.

Kelantan berjaya mendahului menerusi penyerang kebangsaan Fakri Saarani pada minit ke-28, Khairul Izuan menambah gol kedua pada separuh kedua. Lions XII mendapat gol saguhati melalui Faris Ramli pada minit ke-68.

Kelantan Masih Terus Berusaha

Bahagian tengah Kelantan walau pun tanpa Piya nampak ok sahaja. Boleh dikawal dan dikuasai oleh Shawky dan Brendan Gan. Forkey Doe juga beberapa kali berjaya membuat hantaran yang bagus untuk rakan.

Nampaknya penampilan pertama penyerang inport baru Kelantan, Prince Tagoe tidak sempat memberi sumbangan bermakna. Beliau hanya diturunkan untuk tujuh minit terakhir permainan.

Selepas 18 perlawanan, Kelantan kini berada di tangga ke-5 carta Liga Super dengan 28 mata, sembilan mata di belakang pendahulu liga Selangor.

Tahniah untuk Kelantan dan teruskan perjuangan. Cuma bagi aku, nampak sebahagian pemain Kelantan musim ini seperti budak sekolah rendah bermain bola.

Jun 8, 2014

Piala FA 2014 : Pahang Juara

Pahang [2] vs [1] Felda United

Keputusan Perlawanan Akhir Piala FA antara Pahang dan Felda United kesudahannya berpihak kepada Pahang. Biar pun Felda United berjaya mendahului tetapi mereka tewas juga di 10 minit terakhir perlawanan.

Pahang Juara Piala FA 2014

Piala FA 2014 : Pahang Juara

Tahniah untuk Pahang yang berjaya mengalahkan Felda United dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam. Tahniah juga kepada Felda United yang berjaya membuatkan penyokong Pahang tak senang duduk.

Jun 6, 2014

Piala FA 2014 : Pahang vs Felda United

Piala FA 2014 : Pahang vs Felda United
Aksi Perlawanan Akhir Piala FA 2014 antara Pahang dan Felda United sudah diketahui umum akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 07.06.14 [hari Sabtu]. Venue asal perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil telah terpaksa diubah.

Sebab utamanya ialah akar rumput yang baharu ditanam belum mampu untuk melayan aksi pertarungan hebat ini.

Begitulah ceritanya...

Pahang mengalahkan pasukan mahal Johor Darul Takzim manakala Felda United menewaskan Juara Piala FA musim lalu, Kelantan dalam saingan separuh akhir.

Nama hebat dan sejarah lalu tidak memberi apa-apa kelebihan kepada mana-mana pasukan.

Begitulah nampaknya...

Pasukan yang dibimbing oleh jurulatih tempatan lebih berjaya berbanding pasukan yang dibimbing oleh jurulatih import dalam saingan Piala FA 2014 kali ini.

Pahang atau Felda United, salah satu pasukan sudah tentu bergelar Juara Piala FA 2014.

Begitulah kesudahannya...