May 12, 2012

Main Kasar

kucing

Bermain juga ada peraturannya. Keselamatan diri dan rakan sepermainan perlu sentiasa dijaga. Senang cerita, jangan main kasar. Kecederaan dan kemalangan boleh berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Jaga keselamatan di padang permainan.

May 9, 2012

Mak Nak Nenen


Hari Ibu adalah setiap hari. Ibu adalah segala-galanya kerana 'syurga di bawah kaki ibu'. Ibu yang mengandung, menyusu, membelai dan menjaga. Ibu yang membuat kita rasa selamat dan seronok.

May 7, 2012

Tidur Yang Lena

tidur

Tidur ada satu cara berehat yang sempurna. Tidur yang cukup dan berkualiti dapat mengembalikan semula tenaga yang hilang. Adalah sangat dituntut untuk membaca doa sebelum tidur.

"Ya Allah. Dengan nama-Mu hamba hidup, dan dengan nama-Mu hamba mati"

Serahkan segalanya kepada Allah swt semoga tidur kita bersama rahmat-Nya. Allah Maha Pemurah yang memberikan kita tidur yang lena dan menyedarkan kita kembali. Semoleknya bacalah doa selepas terjaga dari tidur.

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita sesudah mematikan, dan kehadapan-Nya kita akan kembali"

May 5, 2012

Bahaya Di Luar Rumah

bahaya

Keselamatan di luar rumah perlu diberi penekanan oleh semua. Anak-anak juga perlu dididik dan sentiasa diberi peringatan akan bahaya seperti kemalangan di jalan raya, samun, ragut atau penculikan dapat dielakkan. Seeloknya bacalah doa apabila mahu keluar rumah.

"Dengan nama allah aku menyerahkan diriku kepada allah, tidak ada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah"