Feb 23, 2013

SAPS Slip Keputusan Ujian Dan Markah Peperiksaan

Ibu bapa penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan Ujian Dan Markah Peperiksaan pelajar dan anak-anak di bawah jagaan melalui portal Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah [SAPS].

Slip Keputusan Ujian Dan Markah Peperiksaan yang disediakan adalah :

Ujian 1 
Peperiksaan Pertengahan Tahun 
Ujian 2 
Peperiksaan Akhir Tahun 
Peperiksaan Percubaan SPM 

Contoh Slip Keputusan Ujian dari portal SAPS.


Sila layari portal Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah [SAPS]. untuk mendapatkan Slip Keputusan Ujian Dan Markah Peperiksaan pelajar.

Feb 16, 2013

Gagal Lagi

cari angry bird

Kelantan gagal lagi dan kali ini kalah kepada Selangor. Dua jaringan Selangor diperolehi dalam separuh masa pertama oleh Francis Forkey Doe pada minit ke-12 dan Ramez Dayoub pada minit ke-26. Kedua-dua gol dijaringkan melalui tandukan.

Penyerang dan bahagian tengah Kelantan nampak kurang berkesan malah masih belum menjadi. Beberapa peluang yang dicipta berjaya disekat oleh pertahanan dan penjaga gawang Selangor, yang bermain dengan begitu baik.

Gagal memdapat mata penuh menyebabkan Kelantan turun ke tangga ke-8 sementara Selangor berjaya menduduki tangga pertama Liga Super 2013 sehingga hari ini. Malam ini Lions XII akan bertemu Pahang dan kedudukan ini mungkin berubah lagi.

Feb 9, 2013

SAPS Semakan Ibu Bapa

Pernahkah anda sebagai ibu bapa atau penjaga melayari laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah [SAPS] untuk mendapatkan laporan peperiksaan anak-anak?

Sama ada anak berada di sekolah rendah atau sekolah menengah, ibu bapa penjaga boleh mendapatkan Slip Peperiksaan anak-anak tanggungan masing-masing.

Apa yang diperlukan untuk membuat semakan laporan ialah Nombor Sijil Lahir atau Nombor Kad Pengenalan murid atau pelajar. Ibu bapa juga perlu memilih dan menentukan tahun semakan laporan yang hendak dibuat.

saps no ic

Anda boleh ke pautan laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk mendapatkan Slip Peperiksaan Pelajar.