May 29, 2013

Pahang Hilang Hak Sebagai Tuan Rumah

Pahang kena denda RM100 ribu dan terpaksa bermain di gelanggang berkecuali menentang Johor Darul Takzim nanti. Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013.

Pahang menetang Johor Darul Takzim akan diadakan pada 1 Jun [Sabtu] nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan Akhir Piala FA 2013 akan diadakan pada 29.06.2013 nanti.

pahang vs johor dt
Penyokong Kelantan dah pun belajar perkara ini. Sekarang giliran penyokong Pahang pula untuk belajar dan mengambil iktibar. Penyokong dan pegawai pasukan lain juga perlu ambil ingatan. Jadikan satu pengalaman berguna untuk masa hadapan.

Johor Darul Takzim didenda RM20 ribu. Johor DT mempunyai sedikit kelebihan kerana mereka telah pun menang 1-0 di tempat sendiri. Tapi kalau dilihat kepada perlawanan Kelantan menentang Terengganu, kelebihan begini boleh menjadi satu jerat yang merbahaya.

Apa Kes Antara Pahang Dan Johor DT

Perlawanan antara Pahang dan Johor DT dalam separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi telah ditangguhkan. Apa sebenarnya yang berlaku?

pahang vs johor dt

Apa yang aku nampak dan dengar ialah:
  • Stadium Darul Makmur penuh dengan penonton.
  • Penonton melebihi muatan tempat duduk stadium hingga ke trek.
  • Pengadil menangguhkan perlawanan kerana keselamatan pemain.
  • Ada penonton wanita yang cedera.
  • Polis dan pegawai keselamatan mengawal penonton di dalam stadium dengan baik.
  • Pemain kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan.
  • Semua pengadil perlawanan masuk ke bilik persalinan.
  • Penonton diminta berada di luar pagar keselamatan.
  • Kali pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia perlawanan ditangguhkan lebih dari 1 jam.
  • Pengumuman mengatakan perlawanan selamat untuk dilangsungkan.
  • Penonton Johor DT terkena lontaran objek dari luar stadium.
  • Penonton Johor DT masuk ke trek.
Mungkin aku salah nampak, salah dengar dan salah faham. Malam tadi aku tak berada di stadium, sekadar sedang makan di restoran sambil menonton siaran langsung.

Dalam kes ini, FAM perlu memberikan penjelasan dan mengambil tindakan yang dapat memuaskan hati semua pihak. Kes-kes yang lepas boleh dijadikan panduan.

Kelantan Kalah Separuh Akhir Kedua

Kelantan layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 walaupun kalah 2-4 kepada Terengganu dalam perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Terengganu terpaksa akur nasib tidak menyebelahi mereka. Dua jaringan pada minit-minit akhir oleh dua pemain import, Obina Nwaneri dan Dickson Nwakaeme menyelamatkan maruah Kelantan sebagai penyandang Juara Piala FA.

separuh akhir piala fa 2013
Pemain Kelantan nampak terlebih yakin setelah menang bergaya 4-1 di Kota Bharu, kelebihan 3 gol yang hampir-hampir membawa padah kepada pasukan The Red Warriors.

Satu pengajaran yang berguna diberikan oleh Terengganu kepada Kelantan. Jangan terlalu yakin dengan kelebihan yang ada!

Kelantan layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 dengan kelebihan agregat 6-5 dan akan bertemu pemenang antara Pahang dan Johor Darul Takzim.

May 25, 2013

Kelantan Dan Terengganu

Separuh akhir Piala FA 2013 mempertemuka dua negeri berjiran di Pantai Tumur Semenanjung, Kelantan vs Terengganu. Perlawanan separuh akhir ini pastinya menjadi tumpuan peminat bolasepak di kedua-dua negeri yang diibaratkan seperti adik dan abang ini.

kelantan vs terengganu

Kelantan akan menjadi tuan rumah pada pertemuan pertama saingan separuh akhir Piala FA 2013 ini pada 25.5.2013 di Kota Bharu. Pertemuan kedua dijadualkan pada 28.5.2013 dan akan dilangsungkan di Kuala Terengganu.

Pada 11.6.2011 Terengganu mengalahkan Kelantan 2-1 dalam Perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kedua-dua pasukan berjiran ini juga akan berentap lagi pada 21.6.2013 di Kuala Terengganu dalam saingan Liga Super 2013. Nampaknya mereka bertemu dalam tiga perlawanan berturut-turut. Satu kebetulan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada peminat kedua-dua pasukan.

May 21, 2013

Pasukan Pilihan Separuh Akhir Piala FA 2013

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2013 ditetapkan pada 25 dan 28 Mei 2013. Pusingan pertama, Kelantan menjadi tuan rumah kepada Terengganu sementara Pahang pula akan melayan kunjungan Johor Darul Takzim.

LIGA SUPER PASUKAN PERMAINAN JARINGAN BOLOS MATA
3 Darul Takzim 17 25 23 31
5 Pahang 17 26 23 26
6 Kelantan 17 23 18 24
8 Terengganu 17 22 22 24

Kelantan vs Terengganu
Berdasarkan Carta Liga Super terkini, Kelantan mengatasi Terengganu dari segi kedudukan, jaringan dan bolos. Kedua-dua pasukan berjiran ini masing-masing mengumpul 24 mata dari 17 perlawanan.

separuh akhir piala fa 2013

Pahang vs Johor Darul Takzim
Berada di kedudukan ke-3 liga, Darul takzim nampak mempunya kelebihan. Pahang pula mempunyai kelebihan dari segi bilangan jaringan. Kedua-dua pasukan telah melepaskan 23 gol sepanjang 17 perlawanan Liga Super 2013.

Pasukan mana yang menjadi pilihan anda?

May 18, 2013

Menteri Kabinet Malaysia 2013


Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik senator)
Datuk Seri Idris Jala (akan dilantik senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukri
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (akan dilantik senator)
Timbalan Menteri:
Datuk Razali Ibrahim
P. Waythamoorthy (akan dilantik senator)

2. Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

3. Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P. Kamalanathan

4. Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

6. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

7. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

8. Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (memangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

9. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

10. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

11. Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

12. Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

13. Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

14. Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

15. Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

16. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

17. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

18. Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

19. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

20. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

21. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

22. Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr J. Loga Bala Mohan

23. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Seri Mahdzir Khalid

24. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Bilangan Kementerian: 24
Bilangan Menteri: 30
Bilangan Timbalan Menteri: 27

Jumlah: 57

May 16, 2013

Kelantan Dan Selangor

Kelantan vs Selangor
Antara Selangor dan Kelantan memang jauh beza. Selangor negeri maju sementara Kelantan pula negeri [dikatakan] mundur. Persamaan ketara yang dapat dilihat sekarang adalah kedua-dua negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Satu perkara yang menarik perhatian ialah Selangor dan Kelantan merupakan nama besar dalam sukan bola sepak di Malaysia.

menteri besar kelantan selangor

Selangor vs Kelantan
Cabaran Piala AFC 2013 bagi Kelantan dan Selangor dah pun berakhir. Kelantan Juara Kumpulan G tewas 0-2 kepada Kitchee, Juara Piala FA Hong Kong. Selangor Naib Juara Kumpulan H tewas 0-2 kepada New Radiant SC, kelab dari Maldives. Berakhir sudah cabaran Malaysia dalam saingan kali ini.

kelantan vs selangor

Kelantan vs Selangor
Pada 18/05/13 nanti, Kelantan dan Selangor akan bertemu pula dalam perlawanan Liga Super 2013 di Kota Bharu. Perlawan ke-17 bagi kedua-dua pasukan. Selepas 16 perlawanan Selangor memungut 26 mata, berada di tempat ke-4 sementara Kelantan memperolehi 23 mata dan berada di kedudukan ke-6.

Agak-agak siapa yang akan menang nanti. Kelantan atau Selangor?