Dec 10, 2012

Boring

Menunggu memang menyeksakan. Tambah-tambah lagi apa yang ditunggu itu memang bukan kerana minat dan kesukaan, tapi kerana terpaksa.

angry birds

Boring atau jemu adalah kerana tidak melakukan apa-apa yang berfaedah dan boleh menggembirakan diri sendiri. Sedangkan hati boleh dipujuk dan minat juga boleh dipupuk. Mula-mula memanglah payah, tetapi bila sudah menjadi kebiasaan akan sukar pula untuk ditinggalkan.

Oct 27, 2012

Cari Penyakit

cari penyakit

Payah juga mahu memberi nasihat kepada budak-budak [dan orang dewasa?] yang suka cari penyakit. Buat kerja atau ambil tindakan tanpa berfikir masak-masak. Mereka ini selalunya hanya mahu seronok atau selesaikan masalah dengan cara mudah. Akhirnya masalah yang lebih besar pula yang datang menghimpit.

cari penyakit

Contoh yang biasa dilihat ialah naik motor tak pakai topi keledar. Satunya mengundang bahaya kemalangan dan yang keduanya mungkin sekali kena saman. Bukankah sengaja cari penyakit tu?

Oct 19, 2012

Pilih Juara Piala Malaysia 2012

pilih juara

Kelantan memburu gelaran Juara Piala Malaysia buat kali kedua. ATM pula mengidam piala untuk kali pertama. Kedua-dua pasukan nampaknya sama hebat dari segi pemain dan jurulatih. Cuma ATM sedikit kekurangan dari segi penyokong berbanding dengan penyokong Kelantan The Red Warriors.

Secara peribadi aku mengharapkan satu perlawanan yang sengit, bersih dan menarik. Moga-moga penyokong kedua-dua pasukan juga bertindak dengan baik dan berdisiplin. Jangan pula nanti kena denda dengan FAM selepas perlawanan tamat.

Aug 8, 2012

Mengapa Perlu Bersahur

sahur

Dari Amr bin`Ash; Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya perbedaan puasanya kita [umat Islam] dan ahli kitab [Yahudi dan Nasrani] adalah makan ketika waktu sahur."

Dari Anas bin Malik; Rasulullah bersabda : "Hendaklah kamu bersahur sesungguhnya sahur itu terdapat keberkatan."

Jul 27, 2012

Bonus Raya 2012

bonus raya 2012

Kakitangan kerajaan / penjawat awam akan dapat bonus setengan bulan gaji dengan bayaran minima RM500 pada 9 Ogos 2012 nanti. Pesara kerajaan juga akan dapat Bayaran Khas Kewangan RM500.

Jul 8, 2012

Yakin Boleh


Percaya kepada diri sendiri dan Yakin Boleh memang satu sikap terpuji. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa semangat dan usaha yang gigih.

Sikap terlalu yakin pula boleh memakan diri dan mendatangkan bencana. Yakin Boleh perlu disandarkan pada keupayaan dan sempadan yang ada.

Jul 7, 2012

Tidur Berdua


Tidur berdua memang seronok. Ada teman berbual sebelum mata lelap. Bila bangun nanti juga tidak keseorangan, ada teman di sisi.

Dapat tidur berdua atau berkongsi bantal bagi pasangan yang sedang hangat di alam cinta belum tentu dapat alami mimpi yang sama.

Jun 29, 2012

Salah Pilih


Mungkin kita pernah membuat pilihan yang salah dan mungkin sekali kita pernah menerima akibat yang kita tidak suka. Sering menyalahkan orang lain kerana apa yang kita terima memang perlu dibuang dari kotak fikiran. Selamanya kita hanya dapat apa yang kita buat dan apa yang sesuai dengan kita.

Dan kita tidak pernah terlewat untuk membuat pusingan U, berubah dan membuat pilihan yang lebih baik.

May 12, 2012

Main Kasar

kucing

Bermain juga ada peraturannya. Keselamatan diri dan rakan sepermainan perlu sentiasa dijaga. Senang cerita, jangan main kasar. Kecederaan dan kemalangan boleh berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Jaga keselamatan di padang permainan.

May 9, 2012

Mak Nak Nenen


Hari Ibu adalah setiap hari. Ibu adalah segala-galanya kerana 'syurga di bawah kaki ibu'. Ibu yang mengandung, menyusu, membelai dan menjaga. Ibu yang membuat kita rasa selamat dan seronok.

May 7, 2012

Tidur Yang Lena

tidur

Tidur ada satu cara berehat yang sempurna. Tidur yang cukup dan berkualiti dapat mengembalikan semula tenaga yang hilang. Adalah sangat dituntut untuk membaca doa sebelum tidur.

"Ya Allah. Dengan nama-Mu hamba hidup, dan dengan nama-Mu hamba mati"

Serahkan segalanya kepada Allah swt semoga tidur kita bersama rahmat-Nya. Allah Maha Pemurah yang memberikan kita tidur yang lena dan menyedarkan kita kembali. Semoleknya bacalah doa selepas terjaga dari tidur.

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita sesudah mematikan, dan kehadapan-Nya kita akan kembali"

May 5, 2012

Bahaya Di Luar Rumah

bahaya

Keselamatan di luar rumah perlu diberi penekanan oleh semua. Anak-anak juga perlu dididik dan sentiasa diberi peringatan akan bahaya seperti kemalangan di jalan raya, samun, ragut atau penculikan dapat dielakkan. Seeloknya bacalah doa apabila mahu keluar rumah.

"Dengan nama allah aku menyerahkan diriku kepada allah, tidak ada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah"

Apr 25, 2012

Kelantan Kalahkan Navibank Saigon

Kelantan (2) vs (1) Navibank
Perlawanan kelima Kumpulan H Piala AFC 2012 antara Kelantan dengan Navibank Saigon semalam berkesudahan dengan kemenangan kepada Kelantan. Kemenangan ini meletakkan Kelantan mendahului Kumpulan H dengan 10 mata.


Seri dalam perlawanan terakhir menentang Ayeyawady sudah cukup untuk Kelantan memasuki 16 pasukan terbaik ke pusingan seterusnya.

Navibank Saigon mendahului Kelantan di separuh masa pertama melalui jaringan Edison Fonseca tetapi dibalas oleh Indera Putra dan Mohammed Ghaddar pada separuh masa kedua. Kesudahannya Kelantan menang dua gol berbalas satu.

Tahniah kepada The Red Warriors Kelantan.

Apr 20, 2012

Kelantan vs Kedah | Separuh Akhir Piala FA 2012

Kelantan vs Kedah

Pertemuan pertama Separuh Akhir Piala FA antara Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu pada 21.04.2012 nanti menjanjikan saingan sengit kepada kedua-dua pasukan. Kelantan memerlukan kemenangan sebagai bekalan ke Alor Setar pada 01.05.2012 nanti.


Kedah juga mahu mendapatkan kemenangan dan keselesaan untuk bermain di gelanggang sendiri di pertemuan kedua. Menang di Kota Bharu bermakna selangkah ke Perlawanan Akhir Piala FA 2012.

Aku sebenarnya lebih suka kalau perlawanan pertama di gelanggang lawan dan pertemuan kedua di tempat sendiri.

GOMO KELATE GOMO

Kedudukan Liga Super 2012

Update pada : 11.12.2012
NOPASUKANPERMAINANMATA
1KELANTAN2660
2LIONS XII2650
3SELANGOR2643
4PERAK2642
5TEREGGANU2641
6NEGERI SEMBILAN2637
7PKNS FC2635
8T-TEAM2635
9JOHOR FC2635
10FELDA UNITED2635
11SARAWAK2630
12KEDAH2628
13SABAH2628
14KUALA LUMPUR265

Apr 11, 2012

Menu Tengah Hari

biskut mayat

Nampaknya tengah hari ni aku dapat menu baru yang disediakan oleh 'Mak Andeh' aku. Beberapa keping 'biskut mayat' dengan secawan susu. Biskut mayat tu memang dah menjadi kegemaran aku sejak dulu, cuma susu tu...

Biasanya aku suka makan biskut ni dengan rendamkan ke dalam air kopi, tapi kali ni dapat susu pulak. Susu Anlene katanya sesuai untuk mendapatkan tulang yang kuat. Aku tak tahu sangat hal ni. Ah.. minum saja apa yang ada.

Mar 30, 2012

This Site Has Been Moved to a New Server

account moved

Pernah terima mesej macam ni? Kali pertama menerimanya mesti cuak juga kan? Tapi jangan risau, ia bukan apa-apa hanya sekadar satu urusan oleh pentadbir server saja. Blog kita masih selamat.

Itulah yang berlaku kepada blog Tehramuan Dot Com sebentar tadi. Mulanya aku dah gelabah dan risau. Apa hal la pulak berlaku kepada blog kesayangan aku tu. Otak aku dah mula membuat arahan untuk menghubungi pentadbir server, tetapi hati masih memujuk. Sabar...

Masuk ke dapur, ambil secawan kopi yang dah dibuat tadi untuk bertenang. Dengan merendamkan 'biskut mayat' ke dalam kopi aku cuba bertenang. Capai Galaxy Tab yang beroperasi dengan Android tu dan cuba lihat blog. Dah ok rupanya. :D Tapi bila aku cuba dengan komputer [chrome] masih tak dapat. Sabar lagi...

feedburner

Lebih kurang sejam, blog Tehramuan Dot Com pulih kembali walaupun masih gagal memaparkan 'headlines' dari feedberner di blogspot ini.

Mar 4, 2012

Ana Berbulan Madu Di Kelantan

Tiba-tiba sahaja aku menjadi seronok dengan berita Bulan Madu Ana Raffali dan suaminya Ahmad Aznaim Abdullah di Kelantan. Kamar pula diberi nama Kamar Ana Raffali dan Naim oleh pihak hotel Kelantan Trade Center [KTC].

Kegembiraan yang berganda-ganda nampaknya. Selamat berbahagia untuk Ana Raffali dan suami.

Ana Berbulan Madu Di Kelantan

Tak tersangka bila negeri Kelantan yang paling miskin di Malaysia ini [seperti kata Perdana Menteri] menjadi pilihan penyanyi terkenal seperti Ana Raffali sebagai lokasi bulan madu. Harap-harap Ana dan suami gembira berada di Kelantan.

Aku masih ingat suatu ketika dahulu, ramai yang bimbang dan sanggup membawa beras bila datang berkunjung. Ya,setelah Kelantan diperintah oleh PAS.

Hairan ada, lucu pun ada kerana kami di sini tak pernah kelaparan. Apa lagi kehabisan beras.

Lebih menghairankan bila ada yang membeli beras di Kelantan [beras Siam] untuk dibawa pulang ke negeri masing-masing.

Feb 13, 2012

Menjadi Contoh

Ramai individu yang menjadi contoh bagi kita dan semua. Yang pertama sudah tentu ibu dan ayah. Kemudian rakan-rakan serta guru-guru di sekolah. Seterusnya orang-orang di sekeliling, selebriti hiburan, tokoh-tokoh ternama negara dan dunia. Seeloknya ambillah peribadi Nabi Junjungan kita sebagai contoh teladan dalam meneruskan kehidupan kita.

Dalam meniti kehidupan juga kita menjadi contoh kepada orang lain. Sebagai rakan, kita menjadi contoh kepada rakan sebaya. Sebagai guru kita menjadi contoh kepada pelajar. Sebagai ibu bapa kita menjadi contoh kepada anak-anak, Sebagai selebriti kita menjadi contoh kepada peminat. Sebagai pemimpin kita menjadi contoh kepada rakyat dan pengikut. Ambillah peribadi Nabi Junjungan untuk menjadi contoh kepada semua.


Sebagai blogger juga pasti menjadi contoh kepada blogger lain di dunia tanpa sempadan ini. Apabila diri menjadi contoh, hindarilah sikap yang negatif. Menjadi Blogger Perasan yang merasakan diri sendiri hebat dan sempurna adalah suatu sikap yang tidak manis dan boleh merugikan. Perlu sentiasa ingat, setiap yang hebat, pastinya ada yang lebih hebat.

Feb 1, 2012

Duit Trafik Dari Mama Murai

Pada entri sebelum ini aku menulis mengenai Pertandingan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah yang dianjurkan ole saudara Titan. Penyertaan nampaknya meriah dan tarikh tutup juga masih ada 10 hari lagi. Masih ada masa untuk rakan blogger menyertainya.


Hari ini aku mahu kongsikan satu lagi aktiviti blogging yang boleh disertai oleh rakan blogger iaitu givaway dari Mama Murai. Aktiviti mudah untuk dapat duit mudah.


Mamamurai.Com akan memberikan RM0.03 untuk setiap trafik dari rakan blogger. Kalau 1000 trafik dah dapat RM30.00 tu. Kalau 10000 trafik dah dapat 300 ringgit. Senang nak dapat duit sekarang ini.


Aku percaya masih banyak cara untuk kita dapatkan duit dengan blog. Sementara mencuba cara lain, apa kata jenguk blog Mama Murai untuk dapatkan maklumat lanjut.

Jan 6, 2012

Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah yang dianjurkan oleh Titan Kacak telah pun bermula semalam dan akan berakhir pada 1 Februari 2012. Mr Tehr memang selalu singgah di Earncent.Com dan pernah dua kali menang hadiah pertandingan dari sana. Sekarang Mr Tehr sedang belek-belek memori lama ni, maklumlah dah lama tinggalkan bangku sekolah.

Tajuk yang diberi nampak mudah. Mr Tehr percaya semua orang pasti mempunyai pengalaman kena denda di sekolah, sama ada diri sendiri yang kena denda atau pernah melihat rakan yang kena denda.

Jom sertai pertandingan di Earncent.Com ini dan sama-sama berkongsi pengalaman menarik untuk dijadikan kenangan bersama. Kata orang tua-tua 'yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan'.

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Abrablog.com dan PanduanTNX.com

Jan 3, 2012

Baru Tercapai Target

Nampaknya hari kedua tahun 2012 memang baik untuk blog Tehramuan.Com kerana berjaya mencapai target yang diharapkan. Target sebenar ialah mahu berada di bawah 100k dunia dan bawah 500 dalam Malaysia sebelum tahun 2011 berakhir. Lewat dua hari, ok la kan?

alexa rank


Apa yang aku harapkan pada tahun ini Alexa Rank Tehramuan.Com akan dapat kekal dalam target ini atau menjadi semakin baik.

Jan 1, 2012

Selamat Tahun Baru

Ucapan selamat tahun baru untuk semua rakan blogger dan pengunjung tehramuan. Tahun 2011 yang baharu sahaja berlalu meninggalkan banyak kenangan kepada aku sendiri.

Berblog dengan tapak wordpress memang mengasyikkan terutama apabila mahu bermain dengan SEO. Tetapi aku percaya, apabila kita berusaha dan kena dengan caranya, tapak blogspot percuma ini juga dapat memberi kepuasan maksima.

Google sudah pasti akan memberikan sesuatu yang terbaik kepada pengguna setia mereka.


Akhir tahun lepas, kata kunci kacak begitu popular di kalangan rakan-rakan blogger. Perkataan yang dicetuskan oleh Saudara Titan ini [EarnCent.com] bagi aku seronok pula untuk difahami.

Kacak bukan sahaja pada paras rupa, tetapi juga kacak dalam pemikiran, sikap dan segala-galanya. Pendek kata semua yang baik-baik adalah kacak.

Bulan Disember 2011 begitu meriah dengan komen dari rakan blogger. Tahun 2012 ini aku akan cuba untuk mengemas kini entri di blog blogspot ini sekurangnya sekali dalam seminggu.

Janji pada diri sendiri je tu. Hehehe...