Sep 25, 2013

Jadual Perlawanan Suku Akhir Pertama Dan Kedua Piala Malaysia 2013

Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2013 akan diadakan pada 27 dan 28 September nanti.

Lions XII vs ATM – 27 September
Pahang vs PKNS FC 27 September
JDT vs Kelantan - 28 September
Sime Darby vs Sarawak - 28 September

Perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2013 akan diadakan pada 4 dan 5 Oktober nanti.

ATM vs Lions XII – 4 Oktober
PKNS FC vs Pahang - 4 Oktober
Kelantan vs JDT - 5 Oktober
Sarawak vs Sime Darby - 5 Oktober

Suku Akhir Piala Malaysia 2013
Lapan pasukan di suku akhir untuk merebut 4 tempat dalam saingan Separuh Akhir Piala Malaysia 2013. Untuk peringkat separuh akhir nanti aku pilih Lions XII, PKNS, Kelantan dan Sarawak. Apa pasukan pilihan korang?

Sep 19, 2013

Suku Akhir Piala Malaysia 2013

PKNS telah pun melayakkan diri ke saingan peringkat suku akhir Piala Malaysia 2013. Tahniah. Selepas berjaya mengalahkan T-Team 5-0 di Stadium Shah Alam, pasukan bimbingan jurulatih Haji Abdul Rahman Ibrahim ini menjadi pasukan pertama dari Kumpulan B menempah tiket suku akhir.

Kebanyakan pasukan masih bersaing dan terpaksa menunggu hingga perlawanan terakhir saingan dalam kumpulan untuk layak ke suku akhir. Paling menarik ialah saingan dalam Kumpulan D. Keempat-empat pasukan masih mempunyai peluang. Sarawak, Lions XII dan Perak masing-masing mempunyai 7 mata sementara Kedah 6 mata.

Kelantan? Juara Piala Malaysia 2012 ini juga perlu menunggu hingga perlawanan terakhir Kumpulan C bertemu Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV nanti. Kelantan perlu menang untuk memastikan tempat di suku akhir.

selangor kalah

Malang sekali Selangor gagal ke suku akhir. Saingan sengit Kumpulan A dari ATM, Sime Darby dan Johor berjaya menolak Selangor keluar. Terengganu dan Felda United juga terpaksa melupakan Piala Malaysia 2013.