Showing posts with label piala fa. Show all posts
Showing posts with label piala fa. Show all posts

Jun 8, 2014

Piala FA 2014 : Pahang Juara

Pahang [2] vs [1] Felda United

Keputusan Perlawanan Akhir Piala FA antara Pahang dan Felda United kesudahannya berpihak kepada Pahang. Biar pun Felda United berjaya mendahului tetapi mereka tewas juga di 10 minit terakhir perlawanan.

Pahang Juara Piala FA 2014

Piala FA 2014 : Pahang Juara

Tahniah untuk Pahang yang berjaya mengalahkan Felda United dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam. Tahniah juga kepada Felda United yang berjaya membuatkan penyokong Pahang tak senang duduk.

Jun 6, 2014

Piala FA 2014 : Pahang vs Felda United

Piala FA 2014 : Pahang vs Felda United
Aksi Perlawanan Akhir Piala FA 2014 antara Pahang dan Felda United sudah diketahui umum akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 07.06.14 [hari Sabtu]. Venue asal perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil telah terpaksa diubah.

Sebab utamanya ialah akar rumput yang baharu ditanam belum mampu untuk melayan aksi pertarungan hebat ini.

Begitulah ceritanya...

Pahang mengalahkan pasukan mahal Johor Darul Takzim manakala Felda United menewaskan Juara Piala FA musim lalu, Kelantan dalam saingan separuh akhir.

Nama hebat dan sejarah lalu tidak memberi apa-apa kelebihan kepada mana-mana pasukan.

Begitulah nampaknya...

Pasukan yang dibimbing oleh jurulatih tempatan lebih berjaya berbanding pasukan yang dibimbing oleh jurulatih import dalam saingan Piala FA 2014 kali ini.

Pahang atau Felda United, salah satu pasukan sudah tentu bergelar Juara Piala FA 2014.

Begitulah kesudahannya...


May 29, 2014

Piala FA 2014 : Kelantan Bakal Berputih Mata

Benarkah Kelantan The Red Warriors bakal berputih mata dalam perjuangan mereka untuk mengekalkan Piala FA di Kota Bharu? Kemungkinannya memang ada.

Berdasarkan pengalaman lalu, Kelantan tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke Perlawanan Akhir Piala FA 2014. Kelantan sentiasa dapat bermain dengan baik dalam tekanan tinggi dan terdesak.

Tapi itu dulu..

Melihat kepada prestasi semasa, Kelantan nampak seperti sedang sakit. Biar pun berjaya bangkit untuk seri 3-3 dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala FA menentang Felda United di Kota Bharu.

Kelantan masih gagal untuk mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super. Paling terkini mereka tewas 0-1 kepada T-Team. Dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super, Kelantan hanya menang 2 kali dan tewas 3 kali.

Kalau berjaya mengatasi Felda United, Kelantan mungkin sekali akan disekat oleh Johor DT untuk muncul juara Piala FA 2014 ini.

Johor DT nampak berpeluang cerah untuk melangkah ke Perlawanan Akhir Piala FA 2014 dan muncul juara. JDT seri 1-1 dengan Pahang dalam perlawanan separuh akhir pertama. Dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super, JDT menang 4 kali dan hanya seri sekali tanpa ada kekalahan.

Walau pun aku tak nafikan pimpinan Piya, aku juga tidak menafikan keupayaan Bojan Hodak!

Bezanya Kelantan TRW dengan Johor DT ialah, Kelantan membawa masuk Prince Tagoe sedangkan Johor menghantar pulang Pablo Aimar. Kedua-duanya cedera.

May 7, 2014

Piala FA 2014 : Pok Nik Masuk Gol

Pok Nik
Malam tadi mujur Pok Nik yang masuk ke dalam gawang gol bukan bola tendangan Indra Putra! Kalau bola yang masuk, Kelantan bakal kalah 3-4 kepada Felda United. Kalah bermakna laluan ke Perlawnan Akhir Piala FA 2014 menjadi sangat sukar buat TRW.

Nampak seperti sebahagian penonton sudah meninggalkan tempat duduk dalam stadium setelah Kelantan ketinggalan 0-3. Separuh masa pertama dah kena 3 gol, siapa yang tak kecewa. Aku tak salahkan mereka. Tapi Kelantan The Red Warriors berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan 3-3 setelah ketinggalan 0-3 di awal permainan.

aduh

Laluan Kelantan bagi aku masih terbuka. Misi wajib menang di tempat lawan nanti mesti dijelmakan. Kalau dilihat pada permainan di separuh masa kedua malam tadi, Kelantan dan Felda United seperti mempunyai peluang sama rata.

Tak sabar pula untuk melihat aksi seorang lagi pemain import baru Kelantan, Prince Tagoe.

Feb 5, 2014

Piala FA 2014 : Kelantan Ke Suku Akhir

Kelantan [2] vs [1] Sabah

Kelantan layak ke Suku Akhir Piala FA 2014. Perlawanan antara Kelantan dan Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu memihak kepada Kelantan The Red Warriors.


Kelantan mendapat gol pertama hasil dari satu keadaan kelam kabut di depan pintu gol Sabah. Ketua pasukan Kelantan, Piya menolak bola kepada Mohamed Shawky yang berjaya meletakkan bola ke dalam gawang gol Sabah.

Sabah menyamakan kedudukan di awal permainan separuh masa kedua.


Tahniah kepada Sabah yang bertahan dengan baik di separuh masa kedua. Serangan bertubi-tubi dari Kelantan berjaya disekat dengan baik oleh mereka. Banyak peluang untuk menjaringkan gol gagal disudahkan oleh pemain- pemain kelantan.

Akhirnya Shakir Ali berjaya juga menjaringkan gol di waktu kecederaan.

Feb 1, 2014

Piala FA 2014 : Pahang Ke Suku Akhir

Pahang [2] vs [1] Lions Xii

Tahniah. Pahang menjadi pasukan pertama yang layak peringkat Suku Akhir Piala FA 2014. Bermain lebih awal berbanding pasukan lain, Pahang berjaya meneruskan cabaran dan meneruskan cita-cita mendakap Piala FA.

Sebentar tadi, Pahang berjaya mengalahkan Lions Xii 2-1 di gelanggang lawan.

Piala FA 2014 : Pahang Ke Suku Akhir

Pahang mendapat gol pertama pada minit ke-51 melalui Mohd Hafiz bin Kamal dan gol kedua pada minit ke-54 melalui jaringan Azidan bin Sarudin.

Gol sendiri oleh Mohd Khairul Mohd Khalid pada minit ke-85 pula menjadikan keputusan 2-1 hingga tamat perlawanan. Keputusan 2-1 membawa Pahang ke Suku Akhir Piala FA 2014.

Pahang akan bertemu pemenang perlawanan antara PBAPP vs PDRM pada 01.02.14 nanti.

Dec 1, 2013

Jadual Perlawanan Piala FA 2014

piala fa
Sebanyak 30 pasukan berstatus kelab dan negeri akan bersaing bagi merebut Piala FA 2014. Kelantan dan Johor DT yang layak ke Perlawanan Akhir Piala FA musim lepas mendapat laluan mudah layak secara automatik ke pusingan kedua.

Jadual Perlawanan Piala FA 2014 - Kelantan

Pusingan Pertama Piala FA 2014 - 21.01.2014

Pusingan Kedua Piala FA 2014 - 04.02.2014

Perlawanan Suku Akhir Piala FA 2014 - 11 dan 18.03.2014

Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2014 - 06 dan 31.05.2014

Perlawanan Akhir Piala FA 2014 - 07.06.2014

Dapatkan Kelantan The Red Warriors mengekalkan rentak kemenangan untuk berjaya ke Perlawanan Akhir Piala FA 2014 dan setrusnya mengekalkan penguasaan mereka untuk membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu.

Jun 3, 2013

Final Piala FA 2013 | FAM Pun Pening

Nampaknya Perlawanan Akhir Piala FA 2013 antara Kelantan lawan Johor DT akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil bukan di Stadium Shah Alam.

“Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar. Lagipun, tiada sebab untuk kami mengubahnya ke Stadium Shah Alam kerana Stadium Nasional sudah terbukti mampu mengendalikan perlawanan yang ramai penonton." - Datuk Hamidin Mohd Amin.



Pelik juga dengan FAM ni. Selama ini laman web FAM sendiri yang menyatakan Perlawanan Akhir Piala FA 2013 akan di adakan di Stadium Shah Alam. Tak patut kalau FAM sendiri tak sedar apa yang ada di laman rasmi mereka. Tiba-tiba saja timbul Stadium Nasional Bukit Jalil ni.


Stadium mana yang dipilih oleh FAM tidak menjadi soal. Tapi FAM sepatutnya sedar, punca sebenar gembar-gembur peminat datangnya dari laman rasmi FAM sendiri.

Sokong Harimau Malaya.

Jun 2, 2013

Kelantan Lawan Johor DT Final Piala FA 2013

Perlawanan Akhir Piala FA 2013 pada 29 Jun [Sabtu] di Stadium Shah Alam. Perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim ini dijadualkan bermula pada jam 8.45 malam.

Kelantan menang 4-1 dengan Terengganu [1/2 akhir pertama]
Kelantan kalah 2-4 kepada Terengganu [1/2 akhir kedua]
Kelantan layak dengan agregat 6-5

Johor DT menang 1-0 dengan pahang [1/2 akhir pertama]
Johor DT kalah 1-2 kepada Pahang [1/2 kedua]
Johor DT layak dengan kelebihan peraturan jaringan di tempat lawan [agregat 2-2]

akhir piala fa 2013
Kelantan layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 setelah menewaskan PKNS, Sarawak dan Terengganu.

Kelantan berjaya menjaringkan 14 gol dan melepaskan 8 gol sepanjang laluan ke perlawanan akhir. Kelantan mendapat 'bye' di pusingan pertama.

Johor DT layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 setelah menewaskan Perak, Kedah, Selangor dan Pahang.

Johor DT berjaya menjaringkan 8 gol dan melepaskan 7 gol sepanjang laluan ke perlawanan akhir [tidak termasuk tendangan penalti ketika menentang Kedah dan Selangor].

Perlawanan Akhir Piala FA 2013 Kelantan Vs Johor DT
Siapa juara?

Jun 1, 2013

Siaran Langsung Pahang Lawan Johor DT

Siaran langsung perlawanan bola sepak saingan separuh akhir kedua Piala FA 2013 antara Pahang dan Johor Darul Takzim malam ini tentunya yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak dan seluruh rakyat Malaysia.

Peminat dan penyokong kedua-dua pasukan Pahang dan Johor DT tentunya mahukan pasukan mereka menang dan layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 nanti.

Siaran langsung ini juga ditunggu oleh peminat dan penyokong pasukan Kelantan untuk mengetahui siapakah antara Johor DT dan Pahang ini yang akan bertemu Kelantan The Red Warriors di perlawanan akhir. Kelantan telah pun layak setelah menumpaskan Terengganu dengan agregat 6-5.

pahang vs johor dt
Rakyat Malaysia lainnya juga pastinya ingin melihat dan mengetahui apakah insiden kebanjiran penonton seperti yang berlaku di Stadium Darul Makmur berulang lagi.

Piala FA 2013 Separuh Akhir Pusingan 2 Pahang lwn Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini akan disiarkan secara langsung oleh Astro Arena CH801 dan TV1. Perlawanan dijadualkan pada jam 08.45 malam.

Live Streaming Pahang vs Johor malam ini mungkin sekali tidak berlaku kesesakan. Hehe...

May 29, 2013

Pahang Hilang Hak Sebagai Tuan Rumah

Pahang kena denda RM100 ribu dan terpaksa bermain di gelanggang berkecuali menentang Johor Darul Takzim nanti. Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013.

Pahang menetang Johor Darul Takzim akan diadakan pada 1 Jun [Sabtu] nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan Akhir Piala FA 2013 akan diadakan pada 29.06.2013 nanti.

pahang vs johor dt
Penyokong Kelantan dah pun belajar perkara ini. Sekarang giliran penyokong Pahang pula untuk belajar dan mengambil iktibar. Penyokong dan pegawai pasukan lain juga perlu ambil ingatan. Jadikan satu pengalaman berguna untuk masa hadapan.

Johor Darul Takzim didenda RM20 ribu. Johor DT mempunyai sedikit kelebihan kerana mereka telah pun menang 1-0 di tempat sendiri. Tapi kalau dilihat kepada perlawanan Kelantan menentang Terengganu, kelebihan begini boleh menjadi satu jerat yang merbahaya.

Apa Kes Antara Pahang Dan Johor DT

Perlawanan antara Pahang dan Johor DT dalam separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi telah ditangguhkan. Apa sebenarnya yang berlaku?

pahang vs johor dt

Apa yang aku nampak dan dengar ialah:
  • Stadium Darul Makmur penuh dengan penonton.
  • Penonton melebihi muatan tempat duduk stadium hingga ke trek.
  • Pengadil menangguhkan perlawanan kerana keselamatan pemain.
  • Ada penonton wanita yang cedera.
  • Polis dan pegawai keselamatan mengawal penonton di dalam stadium dengan baik.
  • Pemain kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan.
  • Semua pengadil perlawanan masuk ke bilik persalinan.
  • Penonton diminta berada di luar pagar keselamatan.
  • Kali pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia perlawanan ditangguhkan lebih dari 1 jam.
  • Pengumuman mengatakan perlawanan selamat untuk dilangsungkan.
  • Penonton Johor DT terkena lontaran objek dari luar stadium.
  • Penonton Johor DT masuk ke trek.
Mungkin aku salah nampak, salah dengar dan salah faham. Malam tadi aku tak berada di stadium, sekadar sedang makan di restoran sambil menonton siaran langsung.

Dalam kes ini, FAM perlu memberikan penjelasan dan mengambil tindakan yang dapat memuaskan hati semua pihak. Kes-kes yang lepas boleh dijadikan panduan.

Kelantan Kalah Separuh Akhir Kedua

Kelantan layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 walaupun kalah 2-4 kepada Terengganu dalam perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Terengganu terpaksa akur nasib tidak menyebelahi mereka. Dua jaringan pada minit-minit akhir oleh dua pemain import, Obina Nwaneri dan Dickson Nwakaeme menyelamatkan maruah Kelantan sebagai penyandang Juara Piala FA.

separuh akhir piala fa 2013
Pemain Kelantan nampak terlebih yakin setelah menang bergaya 4-1 di Kota Bharu, kelebihan 3 gol yang hampir-hampir membawa padah kepada pasukan The Red Warriors.

Satu pengajaran yang berguna diberikan oleh Terengganu kepada Kelantan. Jangan terlalu yakin dengan kelebihan yang ada!

Kelantan layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 dengan kelebihan agregat 6-5 dan akan bertemu pemenang antara Pahang dan Johor Darul Takzim.

May 25, 2013

Kelantan Dan Terengganu

Separuh akhir Piala FA 2013 mempertemuka dua negeri berjiran di Pantai Tumur Semenanjung, Kelantan vs Terengganu. Perlawanan separuh akhir ini pastinya menjadi tumpuan peminat bolasepak di kedua-dua negeri yang diibaratkan seperti adik dan abang ini.

kelantan vs terengganu

Kelantan akan menjadi tuan rumah pada pertemuan pertama saingan separuh akhir Piala FA 2013 ini pada 25.5.2013 di Kota Bharu. Pertemuan kedua dijadualkan pada 28.5.2013 dan akan dilangsungkan di Kuala Terengganu.

Pada 11.6.2011 Terengganu mengalahkan Kelantan 2-1 dalam Perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kedua-dua pasukan berjiran ini juga akan berentap lagi pada 21.6.2013 di Kuala Terengganu dalam saingan Liga Super 2013. Nampaknya mereka bertemu dalam tiga perlawanan berturut-turut. Satu kebetulan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada peminat kedua-dua pasukan.

May 21, 2013

Pasukan Pilihan Separuh Akhir Piala FA 2013

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2013 ditetapkan pada 25 dan 28 Mei 2013. Pusingan pertama, Kelantan menjadi tuan rumah kepada Terengganu sementara Pahang pula akan melayan kunjungan Johor Darul Takzim.

LIGA SUPER PASUKAN PERMAINAN JARINGAN BOLOS MATA
3 Darul Takzim 17 25 23 31
5 Pahang 17 26 23 26
6 Kelantan 17 23 18 24
8 Terengganu 17 22 22 24

Kelantan vs Terengganu
Berdasarkan Carta Liga Super terkini, Kelantan mengatasi Terengganu dari segi kedudukan, jaringan dan bolos. Kedua-dua pasukan berjiran ini masing-masing mengumpul 24 mata dari 17 perlawanan.

separuh akhir piala fa 2013

Pahang vs Johor Darul Takzim
Berada di kedudukan ke-3 liga, Darul takzim nampak mempunya kelebihan. Pahang pula mempunyai kelebihan dari segi bilangan jaringan. Kedua-dua pasukan telah melepaskan 23 gol sepanjang 17 perlawanan Liga Super 2013.

Pasukan mana yang menjadi pilihan anda?

Apr 17, 2013

Separuh Akhir Piala FA 2013

Kelantan vs Terengganu dan Pahang vs Johor DT

Tiga pasukan dari Pantai Timur dan satu pasukan dari selatan Semenanjung layak ke Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2013. Kelantan akan menentang Terengganu sementara Pahang pula akan melawan Johor Darul Takzim.

separuh akhir piala fa

Kelantan menewaskan Sarawak dengan agregat 4-1, Terngganu menewaskan Negeri Sembilan dengan agregat 6-1, Pahang mengalahkan Sime Darby dengan agregat 2-0 sementara Johor Darul Takzim pula menang ke atas Selangor melalui tendangan penalti selepas seri dengan agregat 3-3.

Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2013 dijadualkan pada 25 & 28 Mei 2013.

Jan 26, 2013

Kelantan Terpaksa Menunggu

tengok bola

Kelantan terpaksa menunggu untuk mengetahui pencabar mereka di Piala FA 2013 apabila perlawanan yang melibatkan PKNS vs Lions XII terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat. Satu lagi perlawanan yang ditangguhkan ialah UiTM vs Negeri Sembilan. Kedua-dua perlawanan akan dilangsungkan pada hari ini 26.01.2013 [Sabtu].

Keputusan lain-lain perlawanan pusingan pertama Piala FA 2013 dapat dilihat DI SINI.

Apr 20, 2012

Kelantan vs Kedah | Separuh Akhir Piala FA 2012

Kelantan vs Kedah

Pertemuan pertama Separuh Akhir Piala FA antara Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu pada 21.04.2012 nanti menjanjikan saingan sengit kepada kedua-dua pasukan. Kelantan memerlukan kemenangan sebagai bekalan ke Alor Setar pada 01.05.2012 nanti.


Kedah juga mahu mendapatkan kemenangan dan keselesaan untuk bermain di gelanggang sendiri di pertemuan kedua. Menang di Kota Bharu bermakna selangkah ke Perlawanan Akhir Piala FA 2012.

Aku sebenarnya lebih suka kalau perlawanan pertama di gelanggang lawan dan pertemuan kedua di tempat sendiri.

GOMO KELATE GOMO