Jan 13, 2015

41 Buah Sekolah Gagal Mulakan Sesi Persekolahan 2015

Banjir besar yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak menyebabkan sesi persekolahan ditangguhkan selama seminggu. Penangguhan ini tidak perlu diganti.

Sesi Persekolahan 2015


Sebanyak 41 buah sekolah pula gagal mulakan sesi persekolahan 2015 di Kelantan, Pahang dan Perak. Hari persekolahan dimulakan lewat seminggu [5 hari] dan hari persekolahn ini perlu diganti.

  • 6 sekolah di Kelantan
  • 17 sekolah di Pahang
  • 18 sekolah di Perak

Sekolah-sekolah ini tidak dapat memulakan sesi persekolahan pada 11 atau 12 Januari samada masih dinaiki air, belum bersedia atau masih dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir.

Jan 9, 2015

Jalan Terbok - Sungai Pinang Ditutup Kepada Semua

Jalan Terbok - Sungai Pinang ditutup kepada semua lalu lintas kerana jalan terputus. Banjir yang melanda baru-baru ini telah menghakis tambakan dekat pintu kawalan air 'Gate Kok Keli' di Sungai Selehong, Tumpat.

Jalan Terbok - Sungai Pinang Ditutup

Bagaimanapun pengguna motosikal dan yang berjalan kaki masih dapat melalui jalan ini. Masih ada laluan yang boleh digunakan walau pun sedikit sukar.

Jalan altenatif dari Terbok ke Sungai Pinang ialah melalui Chabang Tiga Berangan, Palekbang dan Kampung Laut.

Jalan Terbok - Sungai Pinang Ditutup

Jalan Terbok - Sungai Pinang Ditutup