Jun 18, 2013

Terengganu vs Kelantan Liga Super 2013

Berita baik kepada peminat bola sepak terutamanya Terengganu dan T-Team yang diberi lampu hijau oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk bermain di sebelah malam.

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) telah melepasi had kecerahan lampu limpah 1,200 Lux seperti yang ditetapkan.

terengganu vs kelantan

Nampaknya Kelantan juga dapat untung bila perlawanan Liga Super antara Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Jumaat ini boleh dilangsungkan pada sebelah malam.

Terengganu kini di tangga ke-8 sementara Kelantan di tangga ke-6 dan masing-masing mempunyai 24 mata. Agak-agak siapa yang akan menang nanti.

Aku ambil jalan mudah, sokong Kelantan je. Hehehe....

Jun 5, 2013

Seorang Pendaki Malaysia Meninggal Dunia

Nampaknya cuaca buruk di Kathmandu, Nepal menyukarkan misi menyelamat pendaki Malaysia di Everest. Itu apa yang aku baca dalam beberapa berita akhbar.

Seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal sementara Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, seorang pekerja Perbadanan Putrajaya pula telah disahkan meninggal dunia.

rentas
Gambar Hiasan
Mereka mengalami penyakit akut ketinggian atau Acute Mountain Sickness (AMS). Aku tak pandai nak menerangkan hal penyakit ni. Korang tanya je pakcik Google.

Takziah kepada keluarga Mohamad Shahrulnizam. Moga-moga roh beliau dicucuri rahmat.

Jun 3, 2013

Final Piala FA 2013 | FAM Pun Pening

Nampaknya Perlawanan Akhir Piala FA 2013 antara Kelantan lawan Johor DT akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil bukan di Stadium Shah Alam.

“Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar. Lagipun, tiada sebab untuk kami mengubahnya ke Stadium Shah Alam kerana Stadium Nasional sudah terbukti mampu mengendalikan perlawanan yang ramai penonton." - Datuk Hamidin Mohd Amin.



Pelik juga dengan FAM ni. Selama ini laman web FAM sendiri yang menyatakan Perlawanan Akhir Piala FA 2013 akan di adakan di Stadium Shah Alam. Tak patut kalau FAM sendiri tak sedar apa yang ada di laman rasmi mereka. Tiba-tiba saja timbul Stadium Nasional Bukit Jalil ni.


Stadium mana yang dipilih oleh FAM tidak menjadi soal. Tapi FAM sepatutnya sedar, punca sebenar gembar-gembur peminat datangnya dari laman rasmi FAM sendiri.

Sokong Harimau Malaya.

Jun 2, 2013

Kelantan Lawan Johor DT Final Piala FA 2013

Perlawanan Akhir Piala FA 2013 pada 29 Jun [Sabtu] di Stadium Shah Alam. Perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim ini dijadualkan bermula pada jam 8.45 malam.

Kelantan menang 4-1 dengan Terengganu [1/2 akhir pertama]
Kelantan kalah 2-4 kepada Terengganu [1/2 akhir kedua]
Kelantan layak dengan agregat 6-5

Johor DT menang 1-0 dengan pahang [1/2 akhir pertama]
Johor DT kalah 1-2 kepada Pahang [1/2 kedua]
Johor DT layak dengan kelebihan peraturan jaringan di tempat lawan [agregat 2-2]

akhir piala fa 2013
Kelantan layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 setelah menewaskan PKNS, Sarawak dan Terengganu.

Kelantan berjaya menjaringkan 14 gol dan melepaskan 8 gol sepanjang laluan ke perlawanan akhir. Kelantan mendapat 'bye' di pusingan pertama.

Johor DT layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 setelah menewaskan Perak, Kedah, Selangor dan Pahang.

Johor DT berjaya menjaringkan 8 gol dan melepaskan 7 gol sepanjang laluan ke perlawanan akhir [tidak termasuk tendangan penalti ketika menentang Kedah dan Selangor].

Perlawanan Akhir Piala FA 2013 Kelantan Vs Johor DT
Siapa juara?

Jun 1, 2013

Siaran Langsung Pahang Lawan Johor DT

Siaran langsung perlawanan bola sepak saingan separuh akhir kedua Piala FA 2013 antara Pahang dan Johor Darul Takzim malam ini tentunya yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak dan seluruh rakyat Malaysia.

Peminat dan penyokong kedua-dua pasukan Pahang dan Johor DT tentunya mahukan pasukan mereka menang dan layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 nanti.

Siaran langsung ini juga ditunggu oleh peminat dan penyokong pasukan Kelantan untuk mengetahui siapakah antara Johor DT dan Pahang ini yang akan bertemu Kelantan The Red Warriors di perlawanan akhir. Kelantan telah pun layak setelah menumpaskan Terengganu dengan agregat 6-5.

pahang vs johor dt
Rakyat Malaysia lainnya juga pastinya ingin melihat dan mengetahui apakah insiden kebanjiran penonton seperti yang berlaku di Stadium Darul Makmur berulang lagi.

Piala FA 2013 Separuh Akhir Pusingan 2 Pahang lwn Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini akan disiarkan secara langsung oleh Astro Arena CH801 dan TV1. Perlawanan dijadualkan pada jam 08.45 malam.

Live Streaming Pahang vs Johor malam ini mungkin sekali tidak berlaku kesesakan. Hehe...