Dec 23, 2014

Anda Bijak Menutup Aurat

Anda Bijak Menutup Aurat. Gambar ini aku ambil dekat pintu masuk KB Mall Kota Bharu, Kelantan.

Anda Bijak Menutup Aurat

Anda Bijak Menutup Aurat

Papan tanda Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.

Etika menutup aurat wanita Islam.
  • Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tangan hingga pergelangan.
  • Tidak ketat dan tidak nipis [tidak menampakkan bentuk badan].
Keluar rumah sambil mendedahkan aurat sama juga seperti mendedah dan meletakkan ikan goreng di beranda rumah. Satu tindakan yang sangat tidak bijak.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Kalau kucing pandai bercakap, tentu sekali ia mengatakan tuan rumah atau tuan punya ikan seorang yang tidak bijak.

Tindakan yang merugikan diri sendiri!

Nov 14, 2014

Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai

Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai sejak tahun 2007.

Pemain Paling Bernilai
Mohd Khairul Azhan Khalid menjadi penjaga gol kedua yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai. Membantu Pahang memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia musim 2014.


2014
Mohd Khairul Azhan Khalid
Penjaga Gol
Pahang
2013
Mohd Badhri Mohd Radzi
Tengah
Kelantan
2012
Norshahrul Idlan Talaha
Penyerang
Kelantan
2011
Norshahrul Idlan Talaha
Penyerang
Kelantan
2010
Norshahrul Idlan Talaha
Penyerang
Kelantan
2009
Indra Putra Mahayuddin
Penyerang
Kelantan
2008
Mohd Helmi Eliza Elias
Penjaga Gol
Kedah
2007
Muhammad Shukor Adan
Tengah
Selangor

Pemain Paling Bernilai
Tahun 2013, Mohd Badhri Mohd Radzi yang lebih dikenali sebagai Piya pula menerima anugerah Pemain Paling Bernilai bola sepak Malaysia. Piya adalah pemain tengah dan juga ketua pasukan Kelantan The Red Warriors.

Pemain Paling Bernilai
Tahun 2010 pula Norshahrul Idlan Talaha [Mat Yo] memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai. Mat Yo memenangi anugerah ini selama 3 tahun berturut-turut ialitu 2010, 2011 dan 2012.

Pemain Paling Bernilai
Indra Putra Mahayuddin adalah penerima anugerah Pemain Paling Bernilai [2009] pertama daripada pasukan Kelantan The Red Warriors. Pemain penyerang ini antara yang paling disenangi oleh peminat Kelantan.

Penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza Elias memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai tahun 2008. Membantu Kedah memenangi Piala Malaysia setelah berjaya mengalahkan Selangor 3-2.

Pemain Paling Bernilai
Pemain pertama yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai tahun 2007 ialah Muhammad Shukor Adan. Pemain tengah yang berasal dari Melaka ini telah mewaki banyak pasukan dalam Liga malaysia.

Kelantan nampaknya masih menguasai katagori Pemain Paling Bernilai, Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, Hanya tahun 2007, 2008 dan 2014 anugerah ini bukan dimenangi oleh pemain Kelantan.

Oct 26, 2014

Piala Malaysia 2014 | Perlawanan Akhir

Pahang vs Johor DT

Tarikh Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang dan Johor Darul Takzim [JDT] pada 1 Nov 2014 [Sabtu]. Venue Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 telah ditetapkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

pahang vs jdt


Pahang [6] vs [3] Kedah

Pahang pernah muncul Juara Piala Malaysia sebanyak 3 kali [1983, 1992, 2013]. Skuad Tok Gajah layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 selepas berjaya mengalahkan Kedah dengan agregat 6-3 dalam perlawanan Separuh Akhir.

Johor Darul takzim [6] vs [3] Felda United

Johor DT pernah muncul Juara Piala Malaysia sebanyak 2 kali [1985, 1991]. The Southern Tigers layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 setelah mengalahkan Felda United dengan agregat 6-5 di peringkat Separuh Akhir.

Aug 31, 2014

Piala Malaysia 2014 | Pasukan layak Ke Suku Akhir

FAM
Hanya berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan. Beberapa pasukan telah pun layak ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia 2014. Sementara beberapa pasukan lagi masih bersaing merebut tempat untuk meneruskan saingan.

Kumpulan A - Felda United dan Pahang berjaya layak ke suku akhir Piala Malaysia 2014.

K PASUKAN P M M S K +/-
1 Felda United 5 10 3 1 1 2
2 Pahang FA 5 9 3 0 2 5
3 Lions XII 5 5 1 2 2 -1
4 Johor DT II 5 4 1 1 3 -6

Kumpulan B - Perak, Terengganu dan Kedah masih bersaing untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia 2014.

K PASUKAN P M M S K +/-
1 Perak FA 5 8 2 2 1 2
2 Terengganu FA 5 8 2 2 1 1
3 Kedah FA 5 7 2 1 2 0
4 Sarawak FA 5 4 1 1 3 -3

Kumpulan C - Johor DT dan Kelantan berjaya layak ke suku akhir Piala Malaysia 2014.

K PASUKAN P M M S K +/-
1 Johor DT 5 13 4 1 0 9
2 Kelantan FA 5 9 3 0 2 5
3 ATM FA 5 5 1 2 2 -3
4 Penang FA 5 1 0 1 4 -11

Kumpulan D - PDRM telah pun layak. Selangor dan Kedah masih bersaing untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia 2014.

K PASUKAN P M M S K +/-
1 PDRM FA 5 13 4 1 0 9
2 Selangor FA 5 7 2 1 2 0
3 Sime Darby 5 6 2 0 3 -4
4 PBDKT T-Team 5 3 1 0 4 -5


Aug 25, 2014

Piala Malaysia 2014 | Kedudukan Kumpulan C

Kedudukan Piala Malaysia 2014 Kumpulan C.

piala malaysiaSelepas mengharungi separuh jalan perlawanan kumpulan, Johor DT nampaknya mengetuai Kumpulan C. Johor DT menang 2 kali mengalahkan Kelantan dan Pulau Pinang. Mereka seri sekali dengan ATM.

Kelantan The Red Warriors pula kalah kepada Johor DT dalam perlawanan pertama mereka di Johor Bharu. TRW kemudian bangkit mengalahkan Pulau Pinang di Kota Bharu dan mengalahkan ATM di Selayang.

K PASUKAN P M M S K +/-
1
Darul Takzim 3 7 2 1 0 3
2
Kelantan FA 3 6 2 0 1 4
3
ATM FA 3 2 0 2 1 -3
4
Penang FA 3 1 0 1 2 -4

Angkatan Tentera Malaysia berada di tempat ketiga Kumpulan C setelah berjaya seri dengan Johor DT dan Pulau Pinang tetapi kalah kepada Kelantan.

Pulau Pinang pula hanya sekadar menghuni tangga terbawah dengan 1 mata hasil keputusan seri dengan ATM.

Task.My

Aug 20, 2014

Piala Malaysia 2014 | Keputusan Kelantan vs Pulau Pinang

kumpulan c
Kelantan [3] vs [1] Pulau Pinang

Perlawanan kedua Kumpulan C Piala Malaysia 2014 bagi Kelantan dan Pulau Pinang ini memihak kepada tuan rumah.

Kelantan menang 3-1 mengalahkan Pulau Pinang di Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu.

The Red Warriors kini melompat ke tempat kedua Kumpulan C di belakang Johor DT mengatasi ATM di tempat ketiga dan Pulau Pinang keempat.

Kelantan gagal menunjukkan keupayaan mereka seperti ketika mereka muncul Juara Piala Malaysia.

Johor DT [0] vs [0] ATM

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C, Johor DT seri tanpa jaringan dengan ATM di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Johor Bahru.


Aug 14, 2014

Piala Malaysia 2014 | Keputusan Johor DT1 vs Kelantan

kumpulan c
Johor DT1 [1] vs [0] Kelantan

Kelantan The Red Warriors kalah kepada Johor DT1. Ini adalah perlawanan pertama kedua-dua pasukan dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia 2014.

Jangkaan Kijang akan dibaham oleh Harimau Selatan nampaknya menjadi kenyataan dalam perlawanan ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Johor Bahru menyaksikan 2 kali benteng pasukan Johor DT1 diselamatkan oleh palang gol dan sekali gawang Kelantan dan Apek tertewas.

ATM [1] vs [1] Pulau Pinang

Kelantan kini menghuni tangga terbawah kumpulan. Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C, ATM berkongsi mata dengan Pulau Pinang.

Aug 11, 2014

Piala Malaysia 2014 | Johor DT vs Kelantan

Johor DT vs Kelantan

Kelantan The Red Warriors, juara 2 kali Piala Malaysia nampak tempang dan sedikit bermasalah untuk berdepan Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) hari Rabu nanti.

jdt vs trw

Kelantan Sedikit Tempang

Pada aksi pembukaan Piala Malaysia nanti, Prince Tagoe tidak boleh dijadikan harapan utama oleh Kelantan. Kecergasan Tagoe banyak dipertikaikan oleh peminat.

Mohamed Shawky Yazid pula sampai sekarang belum melapor diri.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan ketua jurulatih, Goerge Boateng nampaknya terpaksa menggunakan pemain yang mana ada sahaja nanti.

Johor Darul Ta’zim Menjadi Pilihan

JDT tak pula dengar ada banyak masalah. Memang menjadi pilihan untuk layak ke separuh akhir. Bojan Hodak tentunya dapat mengatur strategi terbaik untuk menewaskan bekas kelab beliau, Kelantan.

Lagi pula beliau memang tahu dan kenal dengan kebolehan dan keupayaan sebahagian besar pemain Kelantan.

Jul 30, 2014

Piala Malaysia 2014 | Jadual Perlawanan Kelantan

Undian Perlawanan Piala malaysia 2014 dah pun selesai. Kelantan diundi berada dalam Kumpulan C bersama Johor DT, ATM dan Pulau Pinang.


Goerge Boateng

Kelantan The Red Warriors akan menentang Johor DT bagi perlawanan pertama kumpulan.

TARIKH PERLAWANAN
13.08.2014 Johor DT vs Kelantan
19.08.2014 Kelantan vs Pulau Pinang
22.08.2014 ATM vs Kelantan
26.08.2014 Kelantan vs ATM
29.08.2014 Pulau Pinang vs Kelantan
02.09.2014 Kelantan vs Johor DT

Kumpulan C: Johor DT, Kelantan, ATM dan Pulau Pinang

Jul 17, 2014

Piala Malaysia 2014 | Kumpulan

Undian Piala Malaysia 2014 dah pun selesai.

Lepas raya dan selepas Harimau Malaya pulang dari Tajikistan untuk satu perlawanan persahabatan antarabangsa, saingan Piala Malaysia 2014 akan bermula. Perlawanan pertama dijadualkan pada 13 Ogos 2014.

Piala Malaysia 2014 | Kumpulan

Keputusan Undian Piala Malaysia 2014.

Kumpulan A: Pahang, Lions XII, Felda United dan Johor DT II

Kumpulan B: Terengganu, Sarawak, Perak dan Kedah

Kumpulan C: Johor DT, Kelantan, ATM dan Pulau Pinang

Kumpulan D: Selangor, Sime Darby, PDRM dan T-Team

Kemuncaknya nanti sudah tentu Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 yang dijadualkan pada 8 November 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jun 12, 2014

Kelantan Perlu Terus Berusaha

Kelantan [2] vs [1] Lions XII

Ketua jurulatih Kelantan, George Boateng berpuas hati dengan persembahan pemain Kelantan mengalahkan Lions XII.

Aku juga puas hati kerana Kelantan berjaya mengutip 3 mata yang sangat berharga.

Kelantan berjaya mendahului menerusi penyerang kebangsaan Fakri Saarani pada minit ke-28, Khairul Izuan menambah gol kedua pada separuh kedua. Lions XII mendapat gol saguhati melalui Faris Ramli pada minit ke-68.

Kelantan Masih Terus Berusaha

Bahagian tengah Kelantan walau pun tanpa Piya nampak ok sahaja. Boleh dikawal dan dikuasai oleh Shawky dan Brendan Gan. Forkey Doe juga beberapa kali berjaya membuat hantaran yang bagus untuk rakan.

Nampaknya penampilan pertama penyerang inport baru Kelantan, Prince Tagoe tidak sempat memberi sumbangan bermakna. Beliau hanya diturunkan untuk tujuh minit terakhir permainan.

Selepas 18 perlawanan, Kelantan kini berada di tangga ke-5 carta Liga Super dengan 28 mata, sembilan mata di belakang pendahulu liga Selangor.

Tahniah untuk Kelantan dan teruskan perjuangan. Cuma bagi aku, nampak sebahagian pemain Kelantan musim ini seperti budak sekolah rendah bermain bola.

Jun 8, 2014

Piala FA 2014 : Pahang Juara

Pahang [2] vs [1] Felda United

Keputusan Perlawanan Akhir Piala FA antara Pahang dan Felda United kesudahannya berpihak kepada Pahang. Biar pun Felda United berjaya mendahului tetapi mereka tewas juga di 10 minit terakhir perlawanan.

Pahang Juara Piala FA 2014

Piala FA 2014 : Pahang Juara

Tahniah untuk Pahang yang berjaya mengalahkan Felda United dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam. Tahniah juga kepada Felda United yang berjaya membuatkan penyokong Pahang tak senang duduk.

Jun 6, 2014

Piala FA 2014 : Pahang vs Felda United

Piala FA 2014 : Pahang vs Felda United
Aksi Perlawanan Akhir Piala FA 2014 antara Pahang dan Felda United sudah diketahui umum akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 07.06.14 [hari Sabtu]. Venue asal perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil telah terpaksa diubah.

Sebab utamanya ialah akar rumput yang baharu ditanam belum mampu untuk melayan aksi pertarungan hebat ini.

Begitulah ceritanya...

Pahang mengalahkan pasukan mahal Johor Darul Takzim manakala Felda United menewaskan Juara Piala FA musim lalu, Kelantan dalam saingan separuh akhir.

Nama hebat dan sejarah lalu tidak memberi apa-apa kelebihan kepada mana-mana pasukan.

Begitulah nampaknya...

Pasukan yang dibimbing oleh jurulatih tempatan lebih berjaya berbanding pasukan yang dibimbing oleh jurulatih import dalam saingan Piala FA 2014 kali ini.

Pahang atau Felda United, salah satu pasukan sudah tentu bergelar Juara Piala FA 2014.

Begitulah kesudahannya...


May 29, 2014

Piala FA 2014 : Kelantan Bakal Berputih Mata

Benarkah Kelantan The Red Warriors bakal berputih mata dalam perjuangan mereka untuk mengekalkan Piala FA di Kota Bharu? Kemungkinannya memang ada.

Berdasarkan pengalaman lalu, Kelantan tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke Perlawanan Akhir Piala FA 2014. Kelantan sentiasa dapat bermain dengan baik dalam tekanan tinggi dan terdesak.

Tapi itu dulu..

Melihat kepada prestasi semasa, Kelantan nampak seperti sedang sakit. Biar pun berjaya bangkit untuk seri 3-3 dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala FA menentang Felda United di Kota Bharu.

Kelantan masih gagal untuk mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super. Paling terkini mereka tewas 0-1 kepada T-Team. Dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super, Kelantan hanya menang 2 kali dan tewas 3 kali.

Kalau berjaya mengatasi Felda United, Kelantan mungkin sekali akan disekat oleh Johor DT untuk muncul juara Piala FA 2014 ini.

Johor DT nampak berpeluang cerah untuk melangkah ke Perlawanan Akhir Piala FA 2014 dan muncul juara. JDT seri 1-1 dengan Pahang dalam perlawanan separuh akhir pertama. Dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super, JDT menang 4 kali dan hanya seri sekali tanpa ada kekalahan.

Walau pun aku tak nafikan pimpinan Piya, aku juga tidak menafikan keupayaan Bojan Hodak!

Bezanya Kelantan TRW dengan Johor DT ialah, Kelantan membawa masuk Prince Tagoe sedangkan Johor menghantar pulang Pablo Aimar. Kedua-duanya cedera.

May 7, 2014

Piala FA 2014 : Pok Nik Masuk Gol

Pok Nik
Malam tadi mujur Pok Nik yang masuk ke dalam gawang gol bukan bola tendangan Indra Putra! Kalau bola yang masuk, Kelantan bakal kalah 3-4 kepada Felda United. Kalah bermakna laluan ke Perlawnan Akhir Piala FA 2014 menjadi sangat sukar buat TRW.

Nampak seperti sebahagian penonton sudah meninggalkan tempat duduk dalam stadium setelah Kelantan ketinggalan 0-3. Separuh masa pertama dah kena 3 gol, siapa yang tak kecewa. Aku tak salahkan mereka. Tapi Kelantan The Red Warriors berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan 3-3 setelah ketinggalan 0-3 di awal permainan.

aduh

Laluan Kelantan bagi aku masih terbuka. Misi wajib menang di tempat lawan nanti mesti dijelmakan. Kalau dilihat pada permainan di separuh masa kedua malam tadi, Kelantan dan Felda United seperti mempunyai peluang sama rata.

Tak sabar pula untuk melihat aksi seorang lagi pemain import baru Kelantan, Prince Tagoe.

Apr 25, 2014

Pemain Baru Kelantan TRW

Alaa Hussein
Pemain import baru Kelantan The Red Warriors, Hussein Alaa Hussein Salman. Pemain yang berasal dari Iraq ini bermain di posisi pertahanan. Menjadi pemain baru TRW menggantikan pemain Nigeria, Obinna Nwaneri yang digugurkan.

Nampaknya Alaa Hussein [1.90m] ni lebih tinggi berbanding Obinna [1.83m]. Harap-harap pertahanan Kelantan yang nampak semakin banyak bocor akan lebih mantap nanti.

Dah naik letih aku tengok Apek kutip bola dalam gawang gol. Haha...

Feb 24, 2014

Selangor Dan Kelantan

Selangor lawan Kelantan. Jadual Liga Super 2014 masih lambat lagi. Masih ada sebulan dari sekarang [22.03.2014]. Pertemuan Kelantan vs Selangor ni biasanga hangat dan sentiasa menjadi tumpuan peminat bolasepak.

Lebih-lebih lagi bagi peminat Kelantan dan Selangor.

TARIKHPIALAPERLAWANAN
25/2/14AFCSelangor vs Arema
7/3/14LIGA SUPERSelangor vs Terengganu
11/3/14AFCMaziya vs Selangor
15/3/14LIGA SUPERATM vs Selangor
19/3/14AFCHa Noi T&T vs Selangor

Selangor Dan Kelantan
Sebelum bertemu Kelantan di saingan Liga Super, Selangor yang turut layak ke Piala AFC 2014 akan terlebih dahulu menentang Arema, Terengganu, Maziya, ATM dan Ha Noi T&T.

TARIKHPIALAPERLAWANAN
26/2/14AFCYangon United vs Kelantan
8/3/14LIGA SUPERLIONSXII vs Kelantan
12/3/14AFCKelantan vs South China
15/3/14LIGA SUPERKelantan vs Pahang
18/3/14AFCKelantan vs Ninh Binh

Selangor Dan Kelantan
Kelantan layak ke Piala AFC tiga tahun berturut-turut. Sebelum bertemu Selangor nanti, Kelantan terlebih dahulu akan menentang Yanggon United, Lions XII, South China, Pahang dan Ninh Binh.

TARIKHPIALAPERLAWANAN
22/3/14SULSelangor vs Kelantan

Jadual Selangor dan Kelantan memang ketat selepas ini. Apa yang kita harapkan, pemain kedua-dua pasukan dapat mengelak dari cedera dan dapat memberikan persembahan yang terbaik bila bertemu dalam saingan Liga Super pada 22.03.2014 nanti.

Kelantan nampak lebih bernasib baik kerana hajat untuk menyenaraikan Brendan Gan sebagai pamain semakin cerah. Brendan telah pun berjaya mendapatkan paspot Malaysia.

Feb 9, 2014

Kelantan Kalah Kali Kedua

Perak [2] vs [1] Kelantan

Kelantan Menang Kali Kedua
Kelantan kalah kali kedua.

Kelantan kalah lagi untuk musim Liga Super 2014 ini. Gol tunggal jaringan Mohamed Shawky di separuh masa kedua gagal memberikan 3 mata penuh untuk Kelantan.

Bermain di tempat sendiri, Perak berjaya mendapat jaringan awal di separuh masa pertama melalui Ahmad Sukri. Satu lagi jaringan di separuh masa kedua melalui Khairul Asyraf.

Kelantan kalah kali kedua.

Perak menang kali kedua.

Selepas empat perlawanan Liga Super 2014, Kelantan dan Perak berjaya mengumpul 6 mata hasil 2 kemenangan dan 2 kekalahan. Selangor pula berjaya menang 3 kali dan kalah hanya sekali. Dengan 9 mata, Selangor kini menggungguli carta Liga Super 2014.

Feb 5, 2014

Piala FA 2014 : Kelantan Ke Suku Akhir

Kelantan [2] vs [1] Sabah

Kelantan layak ke Suku Akhir Piala FA 2014. Perlawanan antara Kelantan dan Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu memihak kepada Kelantan The Red Warriors.


Kelantan mendapat gol pertama hasil dari satu keadaan kelam kabut di depan pintu gol Sabah. Ketua pasukan Kelantan, Piya menolak bola kepada Mohamed Shawky yang berjaya meletakkan bola ke dalam gawang gol Sabah.

Sabah menyamakan kedudukan di awal permainan separuh masa kedua.


Tahniah kepada Sabah yang bertahan dengan baik di separuh masa kedua. Serangan bertubi-tubi dari Kelantan berjaya disekat dengan baik oleh mereka. Banyak peluang untuk menjaringkan gol gagal disudahkan oleh pemain- pemain kelantan.

Akhirnya Shakir Ali berjaya juga menjaringkan gol di waktu kecederaan.

Feb 1, 2014

Piala FA 2014 : Pahang Ke Suku Akhir

Pahang [2] vs [1] Lions Xii

Tahniah. Pahang menjadi pasukan pertama yang layak peringkat Suku Akhir Piala FA 2014. Bermain lebih awal berbanding pasukan lain, Pahang berjaya meneruskan cabaran dan meneruskan cita-cita mendakap Piala FA.

Sebentar tadi, Pahang berjaya mengalahkan Lions Xii 2-1 di gelanggang lawan.

Piala FA 2014 : Pahang Ke Suku Akhir

Pahang mendapat gol pertama pada minit ke-51 melalui Mohd Hafiz bin Kamal dan gol kedua pada minit ke-54 melalui jaringan Azidan bin Sarudin.

Gol sendiri oleh Mohd Khairul Mohd Khalid pada minit ke-85 pula menjadikan keputusan 2-1 hingga tamat perlawanan. Keputusan 2-1 membawa Pahang ke Suku Akhir Piala FA 2014.

Pahang akan bertemu pemenang perlawanan antara PBAPP vs PDRM pada 01.02.14 nanti.

Jan 31, 2014

Tahun Baru Cina Yang Sunyi

Ya. Tahun Baru Cina yang sunyi daripada bunyi bising, kecuali bunyi ekzos motor Mat Rempit yang memang tak mengira hari raya apa sekali pun. Memang sangat-sangat tak sama berbanding suasana bila Hari Raya Puasa. Sangat tak sama.

Tahun Baru Cina Yang Sunyi

tahun lalu bila raya puasa
bunyi mercun memang perkara biasa
kali ini bila tahun baru cina
senyap sunyi pula tak dengar apa-apa

akan datang bila raya tiba lagi
pasti bunyi bising didengar sana sini
bakar mercun bakar bunga api
orang kita entah bila nak sedar diri

Sanak saudara dan rakan-rakan memang ada yang ambil peluang untuk balik bercuti. Seronoknya masih ada cuma bisingnya sahaja yang tak ada. Tak logik pula kalau kilang di China dah hentikan pengeluaran mercun.

Ha ha ha...

Orang Cina tak bakar mercun ke?

Jan 26, 2014

Kelantan Menang Kali Kedua

Sarawak [0] vs [1] Kelantan

Kelantan Menang Kali Kedua
Kelantan menang kali kedua.

Kelantan berjaya mengekalkan permulaan sempurna mereka untuk musim Liga Super 2014 ini. Gol tunggal jaringan Francis Doe di penghujung masa perlawanan malam tadi memberikan 3 mata lagi untuk Kelantan.

Sebelum ini dalam perlawanan pertama di Kota Bharu, Kelantan mengalahkan PKNS 2-0. Melalui gol jaringan pemain import dari Lubnan Mohammed Ghaddar yang menerima hantaran dari Francis Doe dan melalui tendangan penalti.

Kali ini Ghaddar pula membuat hantaran kepada Francis Doe untuk menjaringkan gol. Ghaddar menerima bola dari ketua pasukan Mohd Badri Radzi, mengatasi kawalan Ronny Harun dan menghantar bola kepada Doe di depan pintu gol Sarawak.

Kelantan menang kali kedua.

Sarawak kalah kali kedua.

Selepas dua perlawanan Liga Super 2014, hanya Kelantan yang berjaya mengumpul 6 mata hasil 2 kemenangan. Lain-lain pasukan sekadar mendapat 3 mata. Menang sekali dan kalah sekali. Dan hanya Sarawak yang belum mendapat sebarang mata. Kalah dua kali.

Jan 18, 2014

Keputusan Kelantan Lawan Sime Darby

Petang teduh kehilangan mega,
Langit biru bertukar mendung;
Keputusan separuh masa pertama,
Sime Darby satu Kelantan kosong;

Hujan teduh bintang bercahaya,
Bulan menjelma di langit biru;
Keputusan separuh masa kedua,
Kelantan dua Sime Darby satu.

Bintang The Red Warriors

Apek Piya Shawky Ghaddar,
Forkey Obinna Zairul Fakri;
Harapan kita tidaklah besar,
Satu piala mahu dimenangi.

Jan 17, 2014

Pantun Piala Sumbangsih 2014

Gendang perang ditunggu kasih,
Bertandak gajah di pasir putih;
Idaman Pahang Piala Sumbangsih,
Lions tak usah berlebih-lebih.

Jan 15, 2014

Ronaldo Pemain Terbaik Dunia 2013

Burung jenaka kucing ketawa,
Senyum kambing geleng kepala;
Ballon d'Or anguerah FIFA,
Ronaldo pemain terbaik dunia.

Jan 12, 2014

Salam Maulidur Rasul

Biar ditampi beras melukut,
Bukan untuk dibiar sahaja;
Sunnah Nabi bersama diikut,
Sesuai untuk selama-lama.

Jan 7, 2014

Kitab Al-Quran Versi Digital

Jalani kehidupan bawa bekal,
Ambil maklumat tanpa kesal;
Kitab al-Quran versi digital,
Pastikan juga dari mana asal.

Jan 5, 2014

Pemain Termahal Pablo Aimar

Tiada terkenal sungai tercemar,
Mendung berarak hujan tak jadi;
Pemain termahal Si Pablo Aimar,
Penjaring terbanyak siapalah nanti.

Jan 3, 2014

Syaitan Yang Suka Menyakat

Sungguh mulia hari Jumaat,
Sabtu menjelma besok hari;
Tergesa-gesa syaitan menyakat,
Menghalang kita berhati-hati.