Nov 29, 2013

Cara Semak Saman Trafik

Semak Saman Secara Online

saman polis
Ada berbagai cara mahu semak saman trafik. Memandangkan kemudahan internet ada di mana-mana sekarang, ramai yang suka semak saman cara online. Ada yang selesa semak saman cara SMS kerana handphone memang sentiasa dibawa kemana-mana.

Ada pula yang lebih yakin semak saman dengan berkunjung ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ].


Melalui Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, orang ramai sama ada warga negara atau bukan warganegara boleh membuat semakan pada bila-bila masa secara percuma / free.

Pengguna hanya perlu memilih sama ada mahu membuat semakan melalui ID atau Nombor Pendaftaran Kenderaan untuk semak saman trafik PDRM atau JPJ.

Sistem Semakan Online

Menggunakan Sistem Semakan Online memudahkan pengguna menyemak status perkhidmatan secara efektif dan efisen. Aplikasi ini membolehkan pengguna menyemak Semakan Status Keputusan Repot Polis, Status Saman Trafik, Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM dan Status Permohonan Lesen Am pada bila-bila masa sahaja.

Pengguna hanya perlu mendaftar sebagai pengguna rasmi terlebih dahulu dan seterusnya log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Semak Saman PDRM Melalui SMS

Saman trafik polis juga boleh disemak dengan SMS. Pihak PDRM menyediakan kemudahan semak saman polis dengan 3 cara.

Contoh 1 Nombor pendaftaran kenderaan : 
Taip POLIS SAMAN DBA6632 dan hantar ke 15888.

Contoh 2 Nombor Kad Pengenalan :
Taip POLIS SAMAN 123456123456 dan hantar ke 32728.

Hati-hati di jalan raya. Sentiasa berhemah ketika memandu, elakkan kemalangan dan elakkan dari kena saman.

Nov 26, 2013

Barisan Pemain Kelantan 2014

kelantan 2014
Senarai pemain yang akan mewakili Kelantan The Red Warriors dah pun keluar hari ini. Pemain import yang disenaraikan untuk mewakili Kelantan nanti ialah Forkey Doe, Mohammed Ghaddar, Mohamad Shawky dan Obinna Nwaneri.

Bil
PEMAIN
POSISI
1
Ahmad Fakri Saarani
Penyerang
2
Ahmad Shakir Ali
Penyerang
3
Amar Rohidan
Tengah
4
Aziz Ismail
Pertahanan
5
Brendan Gan
Tengah
6
Faiz Shuhaimi
Pertahanan
7
Faizol Nazlin Sayuti
Pertahanan
8
Famirul Asyraf Sayuti
Penyerang
9
Farisham Ismail
Pertahanan
10
Francis Forkey Doe
Penyerang
11
Khairul Fahmi Che Mat
Penjaga Gol
12
Khairul Izuan Rosli
Tengah
13
Mohamed Ghaddar
Penyerang
14
Mohamed Shawky
Tengah
15
Mohd Badhri Radzi
Tengah
16
Mohd Syazwan Yussof
Penjaga Gol
17
Nazri Ahmad
Pertahanan
18
Nik Shahrul Azim Abdul Halim
Pertahanan
19
Obinna Nwaneri
Pertahanan
20
Shahrizan Ismail
Penjaga Gol
21
Tengku Hasbullah Raja Hassan
Tengah
22
Tuan Mohd Faim Tun Zainal Abidin
Pertahanan
23
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
Tengah
24
Zairul Fitree Ishak
Pertahanan
25

Adakah KAFA telah berjaya mendaftar Brendan Gan sebagai pemain tempatan? Nampak seperti pemain dari Australia ini berpeluang untuk menyertai Harimau Malaya nanti.

Pahang Vs Lions XII - Piala Sumbangsih 2014

Pahang vs Lions XII

pahang vs lions xii

Perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Piala Malaysia dan juara Liga Super akan diadakan pada 17 Januari 2014.

Piala Sumbangsih 2014

Perlawanan yang dijadualkan diadakan di Stadium Shah Alam terpaksa diubah kerana Stadium Shah Alam ditutup untuk baik pulih padang. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Darul Makmur di Kuantan.

Piala Sultan Ahmad Shah

Perlawanan ini adalah pembuka tirai Liga M 2014 bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah. Juga dikira sebagai perlawanan pertama Liga Super musim 2014.

Pahang menjadi tuan rumah kepada Lions XII.

Nov 25, 2013

Tarikh Tutup Pendaftaran Pemain Liga M 2014

liga m 2014

Tarikh tutup pendaftaran pemain Liga Malaysia [Liga M] 2014 sudah pun diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM merangkap Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Hamzah.

Tarikh tutup pendaftaran pemain import - 4 Disember 2013.

Tarikh tutup pendaftaran pemain tempatan - 17 Disember 2013.

Peluang kedua pendaftaran pemain akan diberikan kepada pasukan dalam Liga-M apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada 23 Mac hingga 22 April 2014.

Liga M 2014 membenarkan 4 orang pemain import bagi setiap pasukan dengan seorang daripadanya pemain dari Asia. Syarat lain ialah hanya 3 pemain sahaja dibenarkan bermain dalam satu-satu masa. Seorang lagi pemain boleh berada di bangku simpanan.

Nov 23, 2013

Cuti Hujung Minggu Di Malaysia

bendera malaysia
Empat negeri di Malaysia memilih hari Jumaat dan Sabtu sebagai Cuti Hujung Minggu. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

Neger-negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor memilih Cuti Hujung Minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

Negeri
(ibu negeri dalam kurungan)

Cuti Hujung Minggu

Johor Darul Takzim
(Johor Bahru)

Jumaat/Sabtu
Kedah Darul Aman
(Alor Setar)

Jumaat/Sabtu
Kelantan Darul Naim
(Kota Bharu)

Jumaat/Sabtu
Melaka Bandaraya Bersejarah
(Bandar Melaka)

Sabtu/Ahad
Negeri Sembilan Darul Khusus
(Seremban)

Sabtu/Ahad
Pahang Darul Makmur
(Kuantan)

Sabtu/Ahad
Perak Darul Ridzuan
(Ipoh)

Sabtu/Ahad
Perlis Indera Kayangan
(Kangar)

Sabtu/Ahad
Pulau Pinang Pulau Mutiara
(Georgetown)

Sabtu/Ahad
Sabah Negeri Di Bawah Bayu
(Kota Kinabalu)

Sabtu/Ahad
Sarawak Bumi Kenyalang
(Kuching)

Sabtu/Ahad
Selangor Darul Ehsan
(Shah Alam)

Sabtu/Ahad
Terengganu Darul Iman
(Kuala Terengganu)
Jumaat/Sabtu

Tiga wilayah persekutuan di Malaysia juga memilih hari Sabtu dan Ahad sebagai hari Cuti Hujung Minggu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sabtu/Ahad
Wilayah Persekutuan Labuan Sabtu/Ahad
Wilayah Persekutuan Putrajaya Sabtu/Ahad

Nov 20, 2013

10 Soalan Mengenai Kisah Misteri Villa Nabila

Kisah misteri Villa Nabila dalam sehari dua ni menarik perhatian aku. Tambah lagi bila ramai pula yang menulis mengenai kejadian pelik Villa Nabila ni di blog. Kemudian disensasikan lagi di TV. Macam-macam versi dan cara mereka khabarkan mengenai misteri Villa Nabila ini.

Makin aku ambil tahu, makin banyak pula soalan yang muncul dalam kepala. Tapi aku senaraikan 10 sahaja dalam entri ni.
  1. Apa cerita sebenar Villa Nabila yang sedang heboh diceritakan oleh ramai orang sekarang ini.
  2. Sejak bila kisah misteri di villa ini menjadi perhatian masyarakat umum di Malaysia.
  3. Berapa banyak pula kejadian pelik yang telah berlaku di Villa Nabila.
  4. Siapa sebenarnya yang pernah mengalami sendiri kejadian misteri di villa ini.
  5. Di mana lokasi Villa Nabila
  6. Benarkah ada kisah misteri di Villa Nabila atau sekadar khabar angin dan cerita kosong.
  7. Siapa pemilik Villa Nabila dahulu dan sekarang.
  8. Apa yang telah dan boleh dilakukan oleh pihak berkuasa berkaitan dengan misteri villa ini.
  9. Apa akan jadi pada Villa Nabila selepas ini.
Ok. Aku nak gi cari jawapan kepada soalan-soalan yang dah aku tulis kat atas tu. Harap-harap aku boleh dapat jawapan yang memuaskan hati aku.

Gambar Villa Nabila korang cari saja di internet. Aku tak ada gambar villa ni.

Nov 17, 2013

Pemain Kelantan Yang Berpindah 2014

ben 10
Ada 9 pemain Kelantan The Red Warriors yang pindah ke pasukan lain untuk musim Liga Malaysia 2014 nanti. Ramai yang kata TRW sedang runtuh dan menuju kehancuran bila lebih separuh pemain angkat kaki keluar. Mujur Piya tak ikut keluar.

Antara sebab pemain terbaik Kelantan berpindah ke pasukan lain ialah kerana mahu bertukar angin dan kerana mendapat tawaran yang lumayan dari pasukan lain.

Kenapa pemain Kelantan menjadi rebutan?

Pemain yang disahkan berpindah ialah:
  1. Mohd Daudsu Jamaludin - Johor Darul Takzim
  2. Mohd Shakir Shaari - Johor Darul Takzim
  3. Azizi Matt Rose - Johor Darul Takzim
  4. S Subramaniam - Johor Darul Takzim
  5. Muhamad Izuan Mohd Salahuddin - Sime Darby FC
  6. Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid - Selangor
  7. Indra Putra Mahayuddin - Felda United FC
  8. Mohd Norfarhan - Terengganu
  9. Dickson Nwakaeme - dijangka beraksi di Eropah.
Jatuh ditimpa tangga terus ditimpa pasu bunga

Malang bertimpa-timpa bagi Kelantan. Jurulatih Bojan Hodak juga tidak lagi bersama Kelantan menghadapi saingan 2014 nanti. Tempat beliau sekarang diambil-alih oleh jurulatih kelahiran England, Steve Darby.

Nov 15, 2013

Beli Panduan Asas Untuk Kerja Sambilan Di Rumah

cuti rehat

Hari ini aku mahu kongsikan sedikit maklumat di mana dan bagaimana mahu dapatkan panduan kerja sambilan di rumah. Ya, untuk dibuat dalam masa cuti. Sambil layan cuti, layan anak-anak, layan suami/isteri, sambil buat kerja sambilan.

Rugi buang masa dengan duduk goyang kaki sahaja.

Semalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah [UPSR] telah diumumkan. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat 5A. Hari ini bermula cuti sekolah. Kata orang cikgu-cikgu boleh goyang kaki selama sebulan lebih. [betul ke?]

Panduan asas & video tutorial.

Boleh didapati dari Program Jobdirumah. Bayaran sebanyak RM50 (tidak dikembalikan) sebagai yuran pendaftaran dan membeli panduan asas dan video tutorial berkenaan.

jobdirumah

Program Jobdirumah.

Siapa yang berminat buat kerja sambilan dengan Jobdirumah, ada baiknya mendaftar sekarang. Ambil kesempatan ketika harga masih kekal, mana tahu tiba-tiba harganya dinaikkan. Lagi pun segala benda juga sedang naik sekarang ini.

Harap-harap harga RM50 ini tidak naik.

Nov 3, 2013

Cuti Panjang Dan Kerja Sambilan

jam
Cuti perayaan, cuti sekolah, cuti panjang dan berbagai cuti lagi yang biasa kita alami. Hari ini juga cuti. Sambil berehat, sambil menanti malam [Final Piala Malaysia 3012], molek juga andai kata kita buat kerja sambilan. Kerja yang boleh memberi kita duit yang agak mudah.

Kerja ringan yang boleh bawa duit masuk akaun bank.

Kerja sambilan bagi aku adalah kerja ringan-ringan. Buat kerja sambil-sambilan saja. Sambil layan anak-anak bermain, sambil buat kerja. Sambil layan TV, sambil buat kerja. Sambil online, sambil buat kerja. Sambil bercuti juga boleh buat kerja. Upah pula lumayan! Siapa pun mahu, kan?

Buat kerja sambilan tanpa perlu kita keluar rumah.

Kerja sambilan di rumah sememangnya tak perlu keluar rumah. Memang sedang cuti panjang, kan? Tak perlu keluarkan duit untuk tambang atau keluarkan duit beli petrol isi tangki motosikal atau kereta untuk pergi kerja. Bahkan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam juga hanya di rumah. Jimat, bukan?


online
Memang banyak kelebihan bekerja secara sambilan di rumah. Banyak kelebihan mendaftar dengan Program Jobdirumah. Kelayakan yang minima dengan sedikit pengetahuan mengenai komputer, internet dan Bahasa Inggeris.

Siapa berani, sanggup dan mahu duit masuk akaun bank dengan hanya berada di rumah sambil bercuti, boleh cuba. Boleh mendaftar dengan Program Jobdirumah.

Sebenarnya kerja sambilan melalui Program Jobdirumah ini boleh dibuat dimana-mana sahaja. Dalam perjalanan pulang bercuti dengan keretapi pun boleh!