Nov 25, 2013

Tarikh Tutup Pendaftaran Pemain Liga M 2014

liga m 2014

Tarikh tutup pendaftaran pemain Liga Malaysia [Liga M] 2014 sudah pun diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM merangkap Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Hamzah.

Tarikh tutup pendaftaran pemain import - 4 Disember 2013.

Tarikh tutup pendaftaran pemain tempatan - 17 Disember 2013.

Peluang kedua pendaftaran pemain akan diberikan kepada pasukan dalam Liga-M apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada 23 Mac hingga 22 April 2014.

Liga M 2014 membenarkan 4 orang pemain import bagi setiap pasukan dengan seorang daripadanya pemain dari Asia. Syarat lain ialah hanya 3 pemain sahaja dibenarkan bermain dalam satu-satu masa. Seorang lagi pemain boleh berada di bangku simpanan.

2 comments :