Mar 23, 2013

Harimau Malaya Tunjuk Taring

Bukan kerana jodoh dan bukan juga kerana bola sepak Malaysia tiada penyerang. Malam tadi Malaysia berjaya kalahkan Yemen 2-1 hasil jaringan Azamuddin Akil dan Khyrill Muhymeen. Tahniah.

Tengok kepada permainan malam tadi, aku fikir Datuk Rajagobal tak perlu lagi mencari jodoh baru sebagai penyerang Harimau Malaya. Mat Yo boleh saja dibiarkan berlegar kat depan untuk kucar-kacirkan pertahanan lawan. Jaringan gol boleh dibuat oleh pemain lain seperti Azamuddin, Khyrill, Mahali, Wan Zack dan lain-lain yang bergerak di belakang Mat Yo.

Menang di Stadium Shah Alam malam tadi, Malaysia berkedudukan di tempat ke-3 Kumpulan D di belakang Bahrain dan Qatar. Laluan masih terbuka untuk Harimau Malaya dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2015 ini.

3 comments :

  1. pasti ada menang kalah kan..
    ok..follow blog ni..

    ReplyDelete
  2. Sana sini orang bagi ulasan pasal Rajagopal. 1+ juga untuk beliau ni..hehehe

    ReplyDelete