Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Dec 23, 2014

Anda Bijak Menutup Aurat

Anda Bijak Menutup Aurat. Gambar ini aku ambil dekat pintu masuk KB Mall Kota Bharu, Kelantan.

Anda Bijak Menutup Aurat

Anda Bijak Menutup Aurat

Papan tanda Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.

Etika menutup aurat wanita Islam.
  • Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tangan hingga pergelangan.
  • Tidak ketat dan tidak nipis [tidak menampakkan bentuk badan].
Keluar rumah sambil mendedahkan aurat sama juga seperti mendedah dan meletakkan ikan goreng di beranda rumah. Satu tindakan yang sangat tidak bijak.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Kalau kucing pandai bercakap, tentu sekali ia mengatakan tuan rumah atau tuan punya ikan seorang yang tidak bijak.

Tindakan yang merugikan diri sendiri!

Jan 31, 2014

Tahun Baru Cina Yang Sunyi

Ya. Tahun Baru Cina yang sunyi daripada bunyi bising, kecuali bunyi ekzos motor Mat Rempit yang memang tak mengira hari raya apa sekali pun. Memang sangat-sangat tak sama berbanding suasana bila Hari Raya Puasa. Sangat tak sama.

Tahun Baru Cina Yang Sunyi

tahun lalu bila raya puasa
bunyi mercun memang perkara biasa
kali ini bila tahun baru cina
senyap sunyi pula tak dengar apa-apa

akan datang bila raya tiba lagi
pasti bunyi bising didengar sana sini
bakar mercun bakar bunga api
orang kita entah bila nak sedar diri

Sanak saudara dan rakan-rakan memang ada yang ambil peluang untuk balik bercuti. Seronoknya masih ada cuma bisingnya sahaja yang tak ada. Tak logik pula kalau kilang di China dah hentikan pengeluaran mercun.

Ha ha ha...

Orang Cina tak bakar mercun ke?

Jan 12, 2014

Salam Maulidur Rasul

Biar ditampi beras melukut,
Bukan untuk dibiar sahaja;
Sunnah Nabi bersama diikut,
Sesuai untuk selama-lama.

Jan 7, 2014

Kitab Al-Quran Versi Digital

Jalani kehidupan bawa bekal,
Ambil maklumat tanpa kesal;
Kitab al-Quran versi digital,
Pastikan juga dari mana asal.

Jan 3, 2014

Syaitan Yang Suka Menyakat

Sungguh mulia hari Jumaat,
Sabtu menjelma besok hari;
Tergesa-gesa syaitan menyakat,
Menghalang kita berhati-hati.

Nov 29, 2013

Cara Semak Saman Trafik

Semak Saman Secara Online

saman polis
Ada berbagai cara mahu semak saman trafik. Memandangkan kemudahan internet ada di mana-mana sekarang, ramai yang suka semak saman cara online. Ada yang selesa semak saman cara SMS kerana handphone memang sentiasa dibawa kemana-mana.

Ada pula yang lebih yakin semak saman dengan berkunjung ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ].


Melalui Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, orang ramai sama ada warga negara atau bukan warganegara boleh membuat semakan pada bila-bila masa secara percuma / free.

Pengguna hanya perlu memilih sama ada mahu membuat semakan melalui ID atau Nombor Pendaftaran Kenderaan untuk semak saman trafik PDRM atau JPJ.

Sistem Semakan Online

Menggunakan Sistem Semakan Online memudahkan pengguna menyemak status perkhidmatan secara efektif dan efisen. Aplikasi ini membolehkan pengguna menyemak Semakan Status Keputusan Repot Polis, Status Saman Trafik, Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM dan Status Permohonan Lesen Am pada bila-bila masa sahaja.

Pengguna hanya perlu mendaftar sebagai pengguna rasmi terlebih dahulu dan seterusnya log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Semak Saman PDRM Melalui SMS

Saman trafik polis juga boleh disemak dengan SMS. Pihak PDRM menyediakan kemudahan semak saman polis dengan 3 cara.

Contoh 1 Nombor pendaftaran kenderaan : 
Taip POLIS SAMAN DBA6632 dan hantar ke 15888.

Contoh 2 Nombor Kad Pengenalan :
Taip POLIS SAMAN 123456123456 dan hantar ke 32728.

Hati-hati di jalan raya. Sentiasa berhemah ketika memandu, elakkan kemalangan dan elakkan dari kena saman.

Nov 20, 2013

10 Soalan Mengenai Kisah Misteri Villa Nabila

Kisah misteri Villa Nabila dalam sehari dua ni menarik perhatian aku. Tambah lagi bila ramai pula yang menulis mengenai kejadian pelik Villa Nabila ni di blog. Kemudian disensasikan lagi di TV. Macam-macam versi dan cara mereka khabarkan mengenai misteri Villa Nabila ini.

Makin aku ambil tahu, makin banyak pula soalan yang muncul dalam kepala. Tapi aku senaraikan 10 sahaja dalam entri ni.
  1. Apa cerita sebenar Villa Nabila yang sedang heboh diceritakan oleh ramai orang sekarang ini.
  2. Sejak bila kisah misteri di villa ini menjadi perhatian masyarakat umum di Malaysia.
  3. Berapa banyak pula kejadian pelik yang telah berlaku di Villa Nabila.
  4. Siapa sebenarnya yang pernah mengalami sendiri kejadian misteri di villa ini.
  5. Di mana lokasi Villa Nabila
  6. Benarkah ada kisah misteri di Villa Nabila atau sekadar khabar angin dan cerita kosong.
  7. Siapa pemilik Villa Nabila dahulu dan sekarang.
  8. Apa yang telah dan boleh dilakukan oleh pihak berkuasa berkaitan dengan misteri villa ini.
  9. Apa akan jadi pada Villa Nabila selepas ini.
Ok. Aku nak gi cari jawapan kepada soalan-soalan yang dah aku tulis kat atas tu. Harap-harap aku boleh dapat jawapan yang memuaskan hati aku.

Gambar Villa Nabila korang cari saja di internet. Aku tak ada gambar villa ni.

Jul 27, 2013

Semakan Pelatih Terpilih PLKN

Semakan Pemilihan Pelatih PLKN Siri 11/2014 (untuk remaja kelahiran 1996) hanya dapat dibuat bermula 1 Ogos 2013.

Maklumat terakhir [hari ini - 27.07.2013 yang aku dapat sebentar tadi dari laman web rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Semakan Pemilihan Pelatih Terpilih PLKN boleh dibuat di http://apps1.khidmatnegara.gov.my/terpilih.

semakan plkn

Maklumat lanjut dan perkembangan terkini PLKN boleh didapati di laman web rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara http://www.khidmatnegara.gov.my.

Remaja yang terpilih boleh membuat semakan penempatan di http://apps1.khidmatnegara.gov.my/penempatan.

Jan 31, 2013

Ugut Emak Ayah

makan cendol

Biasa bagi anak-anak yang bermasalah mengugut ibu bapa untuk mendapat sesuatu yang mereka inginkan. Bahkan ada yang sudah keterlaluan apabila mengugut dengan menggunakan senjata tajam.

"Kalau tak pergi sekolah, mak tak bagi duit belanja!"


Mengapa ini berlaku? Puncanya kerana ibu bapa yang menunjukkan contoh kepada anak-anak ketika mereka masih kecil. Tindakan mengugut yang dibuat setelah ibu bapa penjaga gagal memujuk anak-anak untuk melakukan sesuatu.


Jan 18, 2013

Larang Melarang

listen listen listen

Bermacam cara orang kita menegur, menegah atau melarang seseorang dari berbuat sesuatu perkara. Di sekolah pula ada berbagai bentuk ayat yang digunakan oleh guru-guru dalam menegur dan memberi arahan kepada pelajar sama ada secara terus atau secara sindiran.
  1. "Tak boleh buat macam tu. Tak baik tu."
  2. "Yang kat belakang tu, boleh tolong dengar, tak?"
  3. "Siapa yang tak buat kerja, saya repot kat Guru Besar."
  4. "Dengar betul-betul apa yang saya nak kata ni."
  5. "Tak apa... tak apa. Buat lagi..."
  6. "Siapa yang tak mahu makan kayu ni, sila duduk diam."
  7. "Kalau tak mahu mak kena rotan ni, jangan suruh mak tunggu kat tepi kelas."
  8. "Siapa ada telinga, sila buka luas-luas."
  9. "Siapa ada mulut sila simpan dalam beg."
  10. "Hoi. Tak reti duduk diam ke?"
Apa yang pasti, menegur dengan cara yang keras atau marah kurang mendatangkan kesan kepada pelajar. Makin dimarahi makin menjadi, bahkan sebaliknya boleh menimbulkan penentangan.

Dec 10, 2012

Boring

Menunggu memang menyeksakan. Tambah-tambah lagi apa yang ditunggu itu memang bukan kerana minat dan kesukaan, tapi kerana terpaksa.

angry birds

Boring atau jemu adalah kerana tidak melakukan apa-apa yang berfaedah dan boleh menggembirakan diri sendiri. Sedangkan hati boleh dipujuk dan minat juga boleh dipupuk. Mula-mula memanglah payah, tetapi bila sudah menjadi kebiasaan akan sukar pula untuk ditinggalkan.

Oct 27, 2012

Cari Penyakit

cari penyakit

Payah juga mahu memberi nasihat kepada budak-budak [dan orang dewasa?] yang suka cari penyakit. Buat kerja atau ambil tindakan tanpa berfikir masak-masak. Mereka ini selalunya hanya mahu seronok atau selesaikan masalah dengan cara mudah. Akhirnya masalah yang lebih besar pula yang datang menghimpit.

cari penyakit

Contoh yang biasa dilihat ialah naik motor tak pakai topi keledar. Satunya mengundang bahaya kemalangan dan yang keduanya mungkin sekali kena saman. Bukankah sengaja cari penyakit tu?

Aug 8, 2012

Mengapa Perlu Bersahur

sahur

Dari Amr bin`Ash; Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya perbedaan puasanya kita [umat Islam] dan ahli kitab [Yahudi dan Nasrani] adalah makan ketika waktu sahur."

Dari Anas bin Malik; Rasulullah bersabda : "Hendaklah kamu bersahur sesungguhnya sahur itu terdapat keberkatan."

Jul 27, 2012

Bonus Raya 2012

bonus raya 2012

Kakitangan kerajaan / penjawat awam akan dapat bonus setengan bulan gaji dengan bayaran minima RM500 pada 9 Ogos 2012 nanti. Pesara kerajaan juga akan dapat Bayaran Khas Kewangan RM500.

Jul 8, 2012

Yakin Boleh


Percaya kepada diri sendiri dan Yakin Boleh memang satu sikap terpuji. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa semangat dan usaha yang gigih.

Sikap terlalu yakin pula boleh memakan diri dan mendatangkan bencana. Yakin Boleh perlu disandarkan pada keupayaan dan sempadan yang ada.

Jul 7, 2012

Tidur Berdua


Tidur berdua memang seronok. Ada teman berbual sebelum mata lelap. Bila bangun nanti juga tidak keseorangan, ada teman di sisi.

Dapat tidur berdua atau berkongsi bantal bagi pasangan yang sedang hangat di alam cinta belum tentu dapat alami mimpi yang sama.

Jun 29, 2012

Salah Pilih


Mungkin kita pernah membuat pilihan yang salah dan mungkin sekali kita pernah menerima akibat yang kita tidak suka. Sering menyalahkan orang lain kerana apa yang kita terima memang perlu dibuang dari kotak fikiran. Selamanya kita hanya dapat apa yang kita buat dan apa yang sesuai dengan kita.

Dan kita tidak pernah terlewat untuk membuat pusingan U, berubah dan membuat pilihan yang lebih baik.

May 12, 2012

Main Kasar

kucing

Bermain juga ada peraturannya. Keselamatan diri dan rakan sepermainan perlu sentiasa dijaga. Senang cerita, jangan main kasar. Kecederaan dan kemalangan boleh berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Jaga keselamatan di padang permainan.

May 9, 2012

Mak Nak Nenen


Hari Ibu adalah setiap hari. Ibu adalah segala-galanya kerana 'syurga di bawah kaki ibu'. Ibu yang mengandung, menyusu, membelai dan menjaga. Ibu yang membuat kita rasa selamat dan seronok.

May 7, 2012

Tidur Yang Lena

tidur

Tidur ada satu cara berehat yang sempurna. Tidur yang cukup dan berkualiti dapat mengembalikan semula tenaga yang hilang. Adalah sangat dituntut untuk membaca doa sebelum tidur.

"Ya Allah. Dengan nama-Mu hamba hidup, dan dengan nama-Mu hamba mati"

Serahkan segalanya kepada Allah swt semoga tidur kita bersama rahmat-Nya. Allah Maha Pemurah yang memberikan kita tidur yang lena dan menyedarkan kita kembali. Semoleknya bacalah doa selepas terjaga dari tidur.

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita sesudah mematikan, dan kehadapan-Nya kita akan kembali"