Feb 16, 2013

Gagal Lagi

cari angry bird

Kelantan gagal lagi dan kali ini kalah kepada Selangor. Dua jaringan Selangor diperolehi dalam separuh masa pertama oleh Francis Forkey Doe pada minit ke-12 dan Ramez Dayoub pada minit ke-26. Kedua-dua gol dijaringkan melalui tandukan.

Penyerang dan bahagian tengah Kelantan nampak kurang berkesan malah masih belum menjadi. Beberapa peluang yang dicipta berjaya disekat oleh pertahanan dan penjaga gawang Selangor, yang bermain dengan begitu baik.

Gagal memdapat mata penuh menyebabkan Kelantan turun ke tangga ke-8 sementara Selangor berjaya menduduki tangga pertama Liga Super 2013 sehingga hari ini. Malam ini Lions XII akan bertemu Pahang dan kedudukan ini mungkin berubah lagi.

6 comments :

  1. Kelantan ni kalau lari mak datuk agresif.. Lagi laju dari lipas kudung..

    ReplyDelete
  2. adat permainan.. bagi la peluang kat team lain.. he he

    ReplyDelete