Feb 9, 2013

SAPS Semakan Ibu Bapa

Pernahkah anda sebagai ibu bapa atau penjaga melayari laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah [SAPS] untuk mendapatkan laporan peperiksaan anak-anak?

Sama ada anak berada di sekolah rendah atau sekolah menengah, ibu bapa penjaga boleh mendapatkan Slip Peperiksaan anak-anak tanggungan masing-masing.

Apa yang diperlukan untuk membuat semakan laporan ialah Nombor Sijil Lahir atau Nombor Kad Pengenalan murid atau pelajar. Ibu bapa juga perlu memilih dan menentukan tahun semakan laporan yang hendak dibuat.

saps no ic

Anda boleh ke pautan laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk mendapatkan Slip Peperiksaan Pelajar.

1 comment :

  1. Selalu. Dan kerana itulah semalam anak saya kena rotan 17 kali pasal dapat no 17 walaupun markahnya bagus. Hehehe... ( rotan kat tapak kaki jer )

    ReplyDelete