Sep 19, 2013

Suku Akhir Piala Malaysia 2013

PKNS telah pun melayakkan diri ke saingan peringkat suku akhir Piala Malaysia 2013. Tahniah. Selepas berjaya mengalahkan T-Team 5-0 di Stadium Shah Alam, pasukan bimbingan jurulatih Haji Abdul Rahman Ibrahim ini menjadi pasukan pertama dari Kumpulan B menempah tiket suku akhir.

Kebanyakan pasukan masih bersaing dan terpaksa menunggu hingga perlawanan terakhir saingan dalam kumpulan untuk layak ke suku akhir. Paling menarik ialah saingan dalam Kumpulan D. Keempat-empat pasukan masih mempunyai peluang. Sarawak, Lions XII dan Perak masing-masing mempunyai 7 mata sementara Kedah 6 mata.

Kelantan? Juara Piala Malaysia 2012 ini juga perlu menunggu hingga perlawanan terakhir Kumpulan C bertemu Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV nanti. Kelantan perlu menang untuk memastikan tempat di suku akhir.

selangor kalah

Malang sekali Selangor gagal ke suku akhir. Saingan sengit Kumpulan A dari ATM, Sime Darby dan Johor berjaya menolak Selangor keluar. Terengganu dan Felda United juga terpaksa melupakan Piala Malaysia 2013.

No comments :

Post a Comment