Aug 22, 2015

Juara Liga Super 2015

Juara Liga Super 2015 akan diputuskan hanya beberapan jam sahaja lagi. Enam perlawanan terakhir bagi 12 pasukan dalam Liga Super 2015 akan berlangsung malam nanti.

Selepas 21 perlawanan, JDT berjaya mengumpul 46 mata hasil daripada 14 kemenangan dan 4 kali seri. Pahang pula mengumpul 44 mata setelah menang 13 kali dan seri 5 kali. Keduanya masing-masing kalah 3 kali.

Siapa yang akan muncul sebagai juara? Johor DT atau Pahang?

Juara Liga Super 2015

Antara api dengan bahang,
Siapa nanti menjadi bara;
Antara JDT dengan Pahang,
Siapa nanti menjulang piala.

Aku pilih JDT untuk muncul sebagai Juara Liga Super 2015. JDT nampak lebih stabil berbanding pahang. Walaupun sebelum ini mereka terpaksa tunduk 1-4 kepada Kelantan di Kota Bharu tetapi mereka kembali menewaskan Perak di Johor Bharu.

Pahang seperti terumbang-ambing di akhir-akhir ini. Pahang juga pastinya akan menghadapi tentangan sengit daripada Terengganu yang juga bercita-cita untuk mendudui tempat ketiga liga.

Ya. Terengganu masih berpeluang untuk mengatasi Selangor.

No comments :

Post a Comment