Mar 30, 2012

This Site Has Been Moved to a New Server

account moved

Pernah terima mesej macam ni? Kali pertama menerimanya mesti cuak juga kan? Tapi jangan risau, ia bukan apa-apa hanya sekadar satu urusan oleh pentadbir server saja. Blog kita masih selamat.

Itulah yang berlaku kepada blog Tehramuan Dot Com sebentar tadi. Mulanya aku dah gelabah dan risau. Apa hal la pulak berlaku kepada blog kesayangan aku tu. Otak aku dah mula membuat arahan untuk menghubungi pentadbir server, tetapi hati masih memujuk. Sabar...

Masuk ke dapur, ambil secawan kopi yang dah dibuat tadi untuk bertenang. Dengan merendamkan 'biskut mayat' ke dalam kopi aku cuba bertenang. Capai Galaxy Tab yang beroperasi dengan Android tu dan cuba lihat blog. Dah ok rupanya. :D Tapi bila aku cuba dengan komputer [chrome] masih tak dapat. Sabar lagi...

feedburner

Lebih kurang sejam, blog Tehramuan Dot Com pulih kembali walaupun masih gagal memaparkan 'headlines' dari feedberner di blogspot ini.

Mar 24, 2012

Peraduan SEO Lelaki Kacak

Setelah lebih seminggu Peraduan SEO [Search Engine Optimization] Lelaki Kacak berlangsung, akhirnya aku sertai juga pertandingan ini dengan entri Lelaki Kacak Berani Untuk Gagal. Peraduan yang dianjurkan oleh Titan ini mengundang cabaran peserta untuk bermain dengan kata kunci yang diberikan.

Aku telah sertai cabaran SEO sebanyak 2 kali, belum boleh masuk geng lelaki kacak lagi. Hehehe. Aku sebenarnya masih belum tahu dengan mendalam mengenai SEO apa lagi bermain dengan keywords panas yang dapat mengundang trafik untuk blog. Paling bagus pun aku hanya dapat tempat kedua sahaja dalam cabaran SEO Kraftangan Dan Aku yang dianjurkan oleh Ligakampung Dot Com.

lelaki kacak

Aku sertai Peraduan SEO Lelaki Kacak ini kerana mahu terus belajar bagaimana cara mendapatkan trafik dengan menggunakan kata kunci yang sesuai. Bagaimana mahu menulis entri yang baik dan bagaimana mempengaruhi enjin carian untuk berada pada kedudukan yang baik.

Kalau korang rasa korang berani untuk gagal dan tidak takut menang, korang boleh sertai cabaran SEO Lelaki Kacak ini. Sehingga hari ini sudah hampir 50 blogger kacak Malaysia telah menyetainya.

Mar 4, 2012

Ana Berbulan Madu Di Kelantan

Tiba-tiba sahaja aku menjadi seronok dengan berita Bulan Madu Ana Raffali dan suaminya Ahmad Aznaim Abdullah di Kelantan. Kamar pula diberi nama Kamar Ana Raffali dan Naim oleh pihak hotel Kelantan Trade Center [KTC].

Kegembiraan yang berganda-ganda nampaknya. Selamat berbahagia untuk Ana Raffali dan suami.

Ana Berbulan Madu Di Kelantan

Tak tersangka bila negeri Kelantan yang paling miskin di Malaysia ini [seperti kata Perdana Menteri] menjadi pilihan penyanyi terkenal seperti Ana Raffali sebagai lokasi bulan madu. Harap-harap Ana dan suami gembira berada di Kelantan.

Aku masih ingat suatu ketika dahulu, ramai yang bimbang dan sanggup membawa beras bila datang berkunjung. Ya,setelah Kelantan diperintah oleh PAS.

Hairan ada, lucu pun ada kerana kami di sini tak pernah kelaparan. Apa lagi kehabisan beras.

Lebih menghairankan bila ada yang membeli beras di Kelantan [beras Siam] untuk dibawa pulang ke negeri masing-masing.