Dec 4, 2013

Contest SEO Eridy Tawar Hadiah Wang Tunai

Siapa mahu hadiah wang tunai boleh sertai Contest SEO Eridy.


Ya. Hanya untuk siapa yang mahu. Siapa yang tak mahu, duduk diam-diam dekat tepi. Contest ini hanya untuk peserta yang boleh terima hadiah wang tunai. [sertai contest juga boleh dapat duit seperti buat kerja sambilan] Lain-lain hadiah berupa barangan elektrik atau gajet baru seperti Samsung S4, iPad, iPhone, tak ada.

Jangan nak berangan!

Hadiah wang tunai Contest SEO Eridy berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Siapa mahu asah bakat boleh sertai Contest SEO Eridy.


Ya. Hanya untuk siapa yang mahu. Sesuai untuk asah bakat menulis bagi blogger baru. Juga untuk asah bakat bermain dengan SEO. Bermain kata kunci dan belajar SEO.

Siapa yang tak mahu belajar SEO, tak mahu bermain dengan kata kunci atau keyword, tak mahu pikat hati enjin carian Pakcik Google, tak payah ikut. Duduk je diam-diam dekat tepi.

Sebabnya? Sebab pemenang cabaran contest ini dipilih berdasarkan keyword Contest SEO Eridy melalui enjin carian Google. Keyword lain tak diterima. Jangan nak menggatal dan nak pandai-pandai.

Enteri penyertaan dengan keyword Contest SEO Eridy yang berada paling atas dalam carian Google akan dipilih sebagai pemenang.

Siapa mahu berkenalan dengan Eridy boleh sertai Contest SEO Eridy.


Ya. Hanya untuk siapa yang mahu. Yang mahu sahaja boleh berkenalan dengan Eridy yang berasal dari Sabah ini. Siapa yang tak mahu berkenalan dengan Eridy, duduk diam-diam dekat tepi.

Eridy masih muda belia dan suka stalking kisah-kisah orang dalam Google. Nak tahu lebih lanjut, email saja kepada beliau. Atau pun bila menang nanti, belanja beliau makan roti pau inti kacang.

Contest SEO Eridy


Korang boleh tulis apa sahaja dan bagaimana cara pun untuk Contest SEO Eridy ini. Ikut suka hati korang. Tapi kalau nak menang, kena la masukkan keyword atau kata kunci yang dipertaruhkan. Korang tak menang nanti jangan kata aku tak bagi tahu pulak.

Contest SEO Eridy tawar hadiah wang tunai untuk siapa yang menang sahaja. Siapa yang kalah / tak menang, harap-harap dapat ilmu SEO nanti.Tak berjaya dapat wang hadiah tapi bejaya dapat ilmu SEO.

Untuk bekalan menulis masa depan.

5 comments :

  1. Betul.. Sertai contest yang disediakan oleh para blogger mampu menjana pendapatan sampingan..

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya. Ramai yang joint contest ni..saya pung!!!

    ReplyDelete