Jan 26, 2014

Kelantan Menang Kali Kedua

Sarawak [0] vs [1] Kelantan

Kelantan Menang Kali Kedua
Kelantan menang kali kedua.

Kelantan berjaya mengekalkan permulaan sempurna mereka untuk musim Liga Super 2014 ini. Gol tunggal jaringan Francis Doe di penghujung masa perlawanan malam tadi memberikan 3 mata lagi untuk Kelantan.

Sebelum ini dalam perlawanan pertama di Kota Bharu, Kelantan mengalahkan PKNS 2-0. Melalui gol jaringan pemain import dari Lubnan Mohammed Ghaddar yang menerima hantaran dari Francis Doe dan melalui tendangan penalti.

Kali ini Ghaddar pula membuat hantaran kepada Francis Doe untuk menjaringkan gol. Ghaddar menerima bola dari ketua pasukan Mohd Badri Radzi, mengatasi kawalan Ronny Harun dan menghantar bola kepada Doe di depan pintu gol Sarawak.

Kelantan menang kali kedua.

Sarawak kalah kali kedua.

Selepas dua perlawanan Liga Super 2014, hanya Kelantan yang berjaya mengumpul 6 mata hasil 2 kemenangan. Lain-lain pasukan sekadar mendapat 3 mata. Menang sekali dan kalah sekali. Dan hanya Sarawak yang belum mendapat sebarang mata. Kalah dua kali.

3 comments :

  1. Nampaknya JDT 1 satu belum menunjukkan reputasi sebenar sbg pasukan berstatus bintang.Kemampuan bermain secara teknikal belum pada tahap yg sebenar.
    Inilah cabaran seorang jurulatih JTD. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perjalanan masih jauh tu
      apa saja boleh berlaku nanti

      Delete
  2. assalam,

    singgah ziarah..selamat bercuti..CNY

    ReplyDelete