Jul 25, 2013

Mulai Tahun Depan, FAM Makin Cerdik

Khabar dari FAM sering buat aku senyum dan terus senyum.

Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dilaporkan berkata mulai tahun depan, K Rajagobal tak boleh lagi batalkan perlawanan antarabangsa berstatus kelas A dan menukar kepada perlawanan ujian. FAM dan peminat mahukan perlawanan yang menawarkan mata kepada ranking skuad negara.

Molek sangat, mulai tahun depan tu.

harimau malaya

Kalau tak silap ingatan aku, kontrak K Rajagobal sebagai Jurulatih Harimau Malaya pula akan tamat pada hujung Disember 2013 ini. Mulai tahun depan, beliau tidak mempunyai apa-apa kontrak lagi sebagai jurulatih.

FAM makin bijak, mulai tahun depan.

Sebenarnya ada dua kemungkinan dari kata-kata Datuk Hamidin tu. Pertama, kontrak K Rajagobal akan disambung lagi selepas Disember 2013. Kedua, kontarak K Rajagobal tidak akan disambung dan beliau tidak akan menjadi jurulatih Harimau Malaya lagi selepas Disember 2013 nanti.

Kita tunggu sahaja khabar baru dari FAM.

4 comments :

  1. Kita tunggu dan liah apa yg berlaku apabila dah ada S/U agung FAM baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang kita peminat harapkan
      moga2 ada perubahan

      Delete
  2. Semoga FAM makin cerdik di thn 2014...dan kelate lebih menyerlah di dalam dan di luar negara (piala kelab asia).

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapan kita
      tapi tak tahu la mereka akan lebih cerdik atau sebaliknya

      Delete